Suami Jual Motor 125Z Kesayangan Buat Belanja Kahwin, Tindakan Isterinya Selepas Itu Buat Ramai Yang Terharu


Mendirikan rumah tangga sememangnya memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Dan selalunya orang lelaki yang akan berusaha untuk mengumpul wang demi menampung kos majlis perkahwinan. 

Tidak semua antara kita dapat tajaan dari ahli keluarga maka lagi banyak duit yng perlu dikeluarkan. Perkara seperti wang hantaran, baju pengantin, cincin serta benda-benda kecil seperti kad jemputan, door gift juga harus difikirkan oleh pengantin.

Oleh itu, ada yang berkorban masa dengan membuat dua pekerjaan untuk mencari duit lebih. Manakala ada juga yang terpaksa menjual barang kesayangan seperti motor untuk mendapatkan wang demi menampung perbelanjaan. 

Bagi seorang lelaki ini, beliau sanggup menjual motor 125z kesayangannya untuk menambah duit kahwin. Kisah ini dikongsi oleh Murtadha MD Maskan yang berkongsi kisah seorang isteri yang berurusan dengannya untuk membeli motosikal Yamaha RXZ buat suaminya tercinta. 

Mungkin ini satu tanda penghargaan buat isteri untuk suaminya yang berkorban menjual motor 125z kesayangannya demi melangsungkan perkahwinan. Kisah yang dikongsi oleh Murtadha mendapat perhatian netizen sehingga mendapat lebih 4,000 perkongsian.


Sold..!!!
Fuhhh..Dulu katanya masa nk kawen,si suami trpaksa korbankn motor 125z kesayangan untuk buat topap2 majlis kawen korang. Sekarang dah kawen si isteri plak buat surprise gantikn 125z tu dengan sebji RXZ untuk si suami..

Manis sungguh,Awww..Hahaha..Apa2pun steady la beb sebab bini ko sndiri tau yg deal ngn aq,bini ko sndiri yg datang tngok moto tu,bini ko sendiri yg test moto tu untuk ko..REALL..Hahaha.

Risau jugak katanya,takot suaminya marah..Yela nampak mcm mmbazirkan..?Rupenye bila dy tau MENANGIS oii,nangis sebab terharu sangat dngn apa yg da ko bkorban untuk dy..Gembengnye lahaii laki ko tu ekk..hahaha..

Maaflah,awal2 msa deal mmg bukan bagi set kuning tu..Lebih kurang mintak halal ye Nurlinda Linda..Muda2an hbungan yg korang bina ni kekal bahagia hingga akhir hayat..Aminnn

SEE..?? "Korban 125z dapat RXZ,mungkin klau dy korbankan EK9 hari tu diganti dengan kapal selam"hahaha

Tq Henrizal Abu Talib sbb dah tolong dari A to Z..


Rata-rata netizen yang membaca kisah mereka ini berasa terharu dengan pengorbanan suaminya itu. Ada juga yang tag pasangan masing-masing dan membuat permintaan yang sama secara gurauan. Semoga pasangan suami isteri tersebut bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close