Suami Cerai Isteri Kerana Isteri Tak Makeup, Netizen Kecam Alasan Paling Bodoh


Alam perkahwinan amat berbeza ketika zaman bercinta. Jika masa bercinta lautan api pun sanggup direnangi. Tapi apabila dah berkahwin, semua benda pun tak sanggup. Semuanya atas dasar toleransi. 

Seperti kisah dari seorang pengguna Twitter @eatdatpaper yang berkongsi kisah rakannya yang bercerai tak sampai sebulan berkahwin. Alasan yang diberi sangat mengejutkan sehingga kisahnya itu menjadi bualan netizen. 



Member aku baru kahwin lepas raya haritu. And harini aku dapat tau yang Khamis haritu depa pi mahkamah fail cerai. Dia call aku nangis nangis tanya cemana procedure cerai semua ni. Aku pun taktau la nak habaq apa pasai tak pernah lagi ambik tau lol sorry. 

Aku tanya apahal cerai awai sangat ni padahal baru kahwin tak sampai sebulan oi. Dia kata..... "laki aku tak suka aku tak pakai mekap." Aku taktau nak rasa pissed off ka, sedih ka, pelik ka, geram ka apa. Sebab macam out of sense jugak alasan laki dia tu nak ceraikan dia.

Aku: hang tak pernah keluaq dengan dia tanpa mekap ka before kahwin?
Dia: tak pernah, laki aku tak bagi. Dia siap beli mekap suruh aku pakai
Aku: hang terima lelaki macamtu jadi suami hang? Yang takleh terima hang tak pakai mekap dari sebelum kahwin?
Dia: aku sayang dia...

Sayang sekalipun, kalau dia takboleh terima hang seadanya, why bother nak terima dia seadanya? Weh ni bukan cinta, ni macam nafsu dah. Lagi mindf**k bila member aku habaq, "kalau nak bersama, dia suruh aku mekap dulu. Aku ikut ja sebab dia laki aku." Aduhai sayang....

Ternyata, masih wujud jantan perangai gini. Gila. Real punya gila. Bercinta 4 tahun, kahwin? Tak sampai sebulan. Sebab? Bini tak mekap. Kalau dari awal takleh terima kawan tu kalau tak mekap, kahwin buat apa....... hang ingat perempuan rajin ka nak tepek mekap 24/7? Sehari suntuk aku mindf**k, sehari suntuk member aku menangis. Kerja punya pasai, takboleh nak pi jumpa dia. Awat la penaya orang laguni....

Last thing member aku habaq, laki dia pernah kata, "you tak mekap macam selalu, you jangan tidur sebelah i. I tak suka." Hmmm. Lelaki tu pernah je tegur aku, "kau tak pakai mekap ke? Macam mayat hidup la." Terus aku balas, "sebelum kau yang jadi mayat, baik diam."

Dia kalau boleh semua perempuan dia jumpa semua tu dia nak bermekap. Acik dia. Bak tang duit lah nak beli mekap dekat Sephora! Setakat ni dah ada 3 orang lawyer sharie contact aku kabo deme boleh tolong member aku. Thanks gais! Jasamu dikenang sampai ke alam barzakh!



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close