' Saya Ada Call Tapi Saya Hanya Dengar Suara Orang Menangis Teresak-Esak, Saya Ingatkan ....



Peristiwa misteri pasti pernah terjadi dalam kehidupan kita . Kita berkongsi dunia yang sama cuma berlainan alam sahaja .Apa yang dialami ,oleh wanita ketika menginap di sebuah rumah penginapan sementara memang menyeramkan .

Menurut Oya Suria , dia dan suaminya telah menghadiri ke majlis rumah terbuka . Resort berkenaan terletak 200m tidak jauh dari kawasan Pentas Utama majlis rumah terbuka di Pekan ,Pahang .Kedua mereka membuat keputusan untuk tidur semalam kerana masing-masing kepenatan untuk meneruskan perjalanan pulang .

Mereka tidur nyenyak keletihan dan hanya pada jam 4.15am Oya terjaga dan melihat suaminya terjaga dan sedang menggunakan telefon bimbitnya .

Apabila ditanya mengapa masih tidak tidur , suaminya hanya mendiamkan diri membisu .Oya kemudian menyambung tidurnya dan sekali lagi dia terjaga dan melihat suaminya masih berjaga .

' Saya tanya suami kenapa masih tidak tidur ? suami masih diam membisu '


Kerana terlalu letih dan masih mengantuk ( mamai ), Oya kemudian terlelap semula sehingga tersedar azan subuh berkumandang . Menurutnya , suaminya berjaga sepanjang pagi sehinggalah subuh terbit .
Sebaik sahaja sedar dari tidur , Oya terus memeriksa telefonnya dan menyedari ada mesej dari rakannya yang dihantar pada lewat pagi kira-kira jma 1.36 pagi . Oya kemudian bangun membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .Kemudian bersiap untuk pergi bersarapan .

Hanya ketika sarapan itulah baru suaminya membuka mulut kejadian yang berlaku lewat malam tadi .

Rupanya, suami terjaga jam 4 pagi tu, dan sebenarnya dia ternampak pintu bilik air terbuka.
(Nampak melalui cermin meja solek)

Menurut suaminya pada ketika itu , ' tiada angin yang menyebabkan pintu plastik itu terbuka ' . Suaminya kemudian membuat keputusan untuk tidak tidur . Sambil mendengar suaminya bercerita , oya sempat membalas mesej kawannya iera dan meminta maaf kerana lambat reply mesejnya .

Namun apa yang diberitahu rakannya itu sangat mengejutkan dia dan suaminya

' dia memberitahu ada call pada jam 1.35pagi dan ada orang yang angkat call . Kemudian dengar orang menangis suara teresak-esak'

Iera kemudian memanggil berkali-kali namun hanya esakan sahaja yang didengari .Menurut rakannya iera , dia menyangkakan Oya dan suamianya sedang bertelingkah .



Oya kemudian dengan segera memeriksa call log dan memeranjatkan apabila memang ada receive call dari iera berdurasi 9 saat pada jam 1.35 pagi seperti yang diberitahu rakannya .

Selepas mendengar cerita dari rakan dan suaminya , mereka bergegas check-out .

Dan lebih memeranjatkan lagi , apabila mereka berdua memulangkan kunci di receptionist sempat menceritakan pengalaman tersebut kepada dua orang staf wanita disitu . Mereka sungguh terperanjat akan kejadian tersebut . Selamba pengawal memberitahu bahawa 

' ya , memang ada juga penginap lain alami seperti yang kami alami '

Kedua staf wanita itu kemudian memohon maaf dan memberikan diskaun kepada oya dan suaminya .

Menurut mereka , resort berkenaan telah lama tidak beroperasi ( selama 1 tahun ) dan sebelum ini resort itu adalah asrama pelajar 

Lebih memeranjatkan apabila diberitahu bahawa pada malam tersebut , hanya mereka berdua sahaja yang menginap di resort berkenaan ! OMG . Lagilah meremang bulu roma bulu tengkuk !

Misteri bilik anggerik 105 . Siapakah yang menjawab panggilan tersebut ??? hahahaha


Sumber : Oya Suria


www.kakishare.my




Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close