'Pagi Jadi Jutawan, Petang Kena Tahan' - Tujuh Perompak Kempunan Nak 'Enjoy' Hasil Rompakan Bernilai RM3 Juta


Tujuh lelaki kempunan untuk menikmati hasil rompakan bernilai RM 3 juta selepas merompak sebuah kedai emas di pusat membeli belah di Bandar Tun Hussein Onn selepas pihak polis memberkas mereka sekitar jam 2 petang tadi. 

Tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berjaya memberkas kesemua suspek hasil dari maklumat serta risikan yang dijalankan oleh mereka. 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu dilakukan oleh sekumpulan empat lelaki yang bersenjatakan pistol serta penukul besi. Suspek memakai topi keledar penutup penuh serta memakai sarung tangan untuk mengelak dari dikesan pihak polis.


Suspek kemudian bertindak memecah rak kaca dan mencuri barang kemas ke dalam sebuah beg pakaian manalaka suspek yang memegang pistol melepaskan lima das tembakan ke arah pengawal keselamatan yang bertugas. 

Hasil maklumat orang awam telah membawa pihak polis ke Kampung Lalang, Sepang dan berjaya menahan kesemua suspek yang bersubahat. Pihak polis menemui sejumlah barang kemas yang dicuri, penukul dan senjata api yang digunakan dalam rompakan tersebut. 

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close