Letupan turut kedengaran di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Kuala Lumpur: Perusuh mengganas, polis dilempar dengan bom petrol, orang awam dijadikan tebusan, bom dikesan di bawah kenderaan, selain cubaan pengebom bunuh diri meletupkan diri di tengah orang ramai. Pada masa sama, beberapa letupan turut kedengaran di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), selain aksi ganas perusuh menggempur polis sehingga menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Senario jam 11 pagi itu antara yang dapat disaksikan ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalani latih amal EX Rimau 2017 di sekitar KLCC, semalam.

Latih amal bermula kelmarin itu diadakan sebagai persiapan menjelang penganjuran edisi ke-29 Sukan SEA 2017 Ogos depan.

Elemen PDRM yang terlibat dengan EX Rimau 2017 ini termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), Komando 69, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D10 dan D13, Unit Elit Berkuda PDRM, Pasukan Gerakan Khas (PGK), Polis Bantuan KLCC serta anggota tugas am.

Turut menyertai latih amal ialah Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Cawangan Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Cawangan Khas Bukit Aman, Tiger Platoon, ambulans PGA, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Cawangan Komunikasi Korporat Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan latih amal EX Rimau siri keempat itu selepas melaksanakannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pusat Pelayaran Kebangsaan (NSC) Langkawi, Kedah dan International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu di Terengganu.

“Seramai 59 pegawai dan 364 anggota terbabit dalam EX Rimau ini dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bertindak sebagai Pegawai Medan.

“Beberapa senario utama iaitu ancaman terkini berskala global dilaksanakan bagi memastikan kesiapsiagaan petugas untuk Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsung bulan depan berjalan lancar.

“Apapun, kami meminta masyarakat supaya segera maklumkan kepada polis sekiranya terdapat pergerakan mencurigakan supaya tindakan lanjut dapat dilaksanakan,” katanya kepada media selepas EX Rimau berakhir.

Beliau juga meminta orang ramai tidak menyebarkan perkara belum sahih sehingga tular dan menggusarkan masyarakat.

Selain itu, amaran turut diberi kepada pihak yang berniat menyebarkan risalah provokasi atau berunsur hasutan sepanjang temasya sukan terbesar rantau Asia Tenggara itu berlangsung.

“Polis akan menggunakan undang-undang sedia ada untuk mencegah sebarang unsur provokasi atau hasutan,” katanya.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close