Penuh dengan kontroversi , gadis beauty with brain ini bakal menamatkan zaman bujangkan dengan jejaka pilihan Adib Khalid . Izara baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama Adib pada 7 julai yang lalu berkata akan mengadakan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi .
Bercakap kepada BH Online apabila ditanya tentang kebimbangan popularitinya akan jatuh selepas berkahwin nanti ,
“Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini, saya percaya kita dicipta untuk berpasang-pasangan iaitu melalui perkahwinan. Saya juga percaya rezeki ada di mana-mana. Peminat juga bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin”
“Minat berlakon takkan terhakis. Cuma mungkin selepas berkahwin nanti, saya harus jadi lebih peka dengan status diri.Saya selama inipun bersikap selektif dalam menimbang watak. Jadi, prinsip itu akan kekal,” jelasnya kepada BH Online.
InsyaAllah Izara , rezeki selepas kahwin ni beza sedikit dari kita membujang . KS doakan semoga majlis nanti berjalan dengan lancar .
sumber : BH Online
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment