Ibu Penyayang Jual Nasi Lemak Jadi Viral, Netizen Berpusu-pusu Beli Sehingga Terpaksa Beratur Panjang


Anda pasti pernah terbaca kisah seorang wanita yang menjual nasi lemak sambil menjaga 3 orang anaknya yang menjadi viral baru-baru ini. Jika belum anda boleh baca disini

Kisah wanita tersebut pada mulanya dimuat naik oleh Lynn Ahmad tersebut menjadi viral di media sosial sehingga telah dikongsi lebih 22,000 kali dan netizen terutama yang berada di sekita Ampang dan Lembah Klang berkongsi kisah tersebut dan ada yang ingin membantu wanita tersebut 

Tidak lama selepas status tersebut menjadi viral, netizen mula memuat naik gambar orang ramai beratur panjang untuk membeli nasi lemak dari wanita ini. Sokongan yang ditunjuk oleh rakyat Malaysia ini sangat mengharukan. 


Seorang pengguna Twitter @1Obefiend telah memuat naik perkembangan terkini wanita tersebut. Beliau telah mendakwa stesen minyak Petronas tempat di mana wanita tersebut meniaga akan membeli nasi lemak wanita tersebut dan akan menjual di stesen minyak Petronas sekitarnya. 

Namun, ianya masih belum disahkan oleh stesen minyak Petronas tersebut. Mungkin ianya rezeki wanita tersebut sekiranya betul pihak stesen minyak terbabit membeli nasi lemak wanita itu. 


Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang suka membantu mereka yang ikhlas mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close