Geng Teksi Buat Hal Lagi, Halang Pemandu Uber/Grab Ambil Penumpang Di KLIA2


Masalah pengangkutan awam sering dihadapi oleh orang ramai terutamnya di bandar-bandar besar. Namun, sejak kewujudan Uber dan Grab orang ramai kini lebih tertumpu kepada perkhidmatan tersebut sehingga mencetuskan persaingan hebat antara pemandu teksi dan juga pemandu Uber/Grab.

Kontroversi antara dua perkhidmatan ini berterusan sehingga kini dan banyak kes dimana terjadinya pergaduhan antara dua pemandu perkhidmantan ini. Terbaru, dalam satu kejadian di sekita KLIA 2, pemandu teksi yang tidak berpuas hati telah melakukan provokasi terhadap pemandu Uber/Grab.

Berikut perkongsian oleh Sol Mokhtar di dalam laman Facebooknya. 


Sekumpulan pemandu teksi mengepung pemandu pemandu Grab dan Uber yang sedang berehat menunggu job request daripada penumpang di KLIA 2.

Witch-hunting happens during desperate times. Duit semakin kecil dan belanja semakin tinggi. Apa yang abang abang teksi ni tak tahu adalah abang abang yang bawa Uber dan Grab ni pun senasib dengan diaorang.

Jangan percaya sangat iklan-iklan yang menjanjikan pendapatan setara dengan industri O&G.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam berlaku apabila pemandu teksi dilihat telah menyekat pemandu Grab/Uber yang sedang berehat sambil menanti permintaaan dari pengguna di lapangan terbang tersebut. 

Kumpulan pemandu teksi tersebut membuat kepungan dengan meletakkan kenderaan mereka di tengah-tengah jalan dengan tujuan untuk menyekat laluan pemandu Uber?grab dari mengambil penumpang yang sedan menunggu di Balai Pelepasan KLIA2. 


Pemandu teksi tersebut juga mengepung beberapa individu dipercayai pemandu Uber/Grab yang sedang berehat sambil menunggu penumpang membuat permintaan perkhidmatan mereka. 

Setakat ini belum ada laporan dari mana-mana pihak atau terjadi insiden yang tidak diingini berlaku dalam kejadian semalam itu. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close