[GAMBAR] Kemalangan Tragis Babitkan Lori Terbalik, Seorang Wanita Maut Dihempap Muatan Batu


Sebuah lori yang membawa isian batu terlibat dalam satu kemalangan maut yang melibatkan seorang wanita maut akibat dihempap muatan batu. Kejadian yang berlaku di Jalan Changlun-Kuala Perlis turut melibatkan tiga kenderaan lain serta beberapa pengguna jalan raya mengalami kecederaan. 

Menurut salah seorang saksi kejadian, pemandu lori tersebut membunyikan hon yang panjang sebelum merempuh kereta yang diletakkan berdekatan sebuah premis makanan berhampiran. 

Wanita yang maut dikenali sebagai Siti Masturah Azmi dikatakan baru sahaja meletakkan kenderaan bersama rakannya yang lain sebelum dihempap oleh muatan batu.


“Bunyi hon tu panjang…. Lepas itu semua orang dalam kedai terkejut sebab bunyi dentuman kuat akibat lori berkenaan melanggar beberapa buah kereta yang diparkir berdekatan kedai.

"Pelanggaran itu menyebabkan beberapa pelanggan di luar kedai cedera termasuk seorang pelanggan perempuan yang baru hendak memasuki kereta.

"Difahamkan dia patah tangan sebelum dibawa ke hospital, manakala, wanita yang maut itu bersama dua rakannya baru sahaja meletakkan kereta sebelum dilanggar," kata saksi tersebut. 

Pemandu lori yang melanggar kenderaan tersebut telah pun ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. 


- www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close