Gadis Ini Dakwa Lelaki Berwajah Anime Tidak Wujud Cuma Guna Aplikasi Camera 360 Dan Beauty Plus Untuk Tipu Netizen


Beberapa minggu yang lepas, netizen digemparkan dengan seorang lelaki tempatan yang membuat pembedahan sehingga mencecah RM200,000 untuk berwajah seperti watak anime dan K-Pop. Namun sejak semalam viral di media sosial kisah sebenar lelaki berkenaan dengan dakwaan terbaru oleh rakan kepada lelaki tersebut. 

Seorang wanita bernama Bella Barbie mendakwa lelaki bernama Miyyo Rizone itu tidak wujud. Berikut adalah pendedahan gadis berkenaan. 


Dalam status berkenaan gadis tersebut telah mendakwa imej berwajah anime Miyyo itu telah disunting menggunakan applikasi telefon seperti Camera 360 dan Beauty Plus. Tambah gadis itu lagi, Miyyo tidak memiliki rahang yang tajam dan kurus seperti di dalam gambar yang viral itu. 

Selain itu, Miyyo juga menipu tentang jumlah sebenar pembedahan tersebut malah pernah menemani lelaki tersebut membuat pembedahan. Menurut Bella lagi, kos pembedahan untuk hidung dan dagu cuma RM1,000 setiap satu manakala untuk menipiskan bibir juga hampir RM1,000. 


Menurut laporan Mstar, Miyyo gagal untuk dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan gadis tersebut. Rata-rata netizen pula mengecam tindakan Miyyo yang sanggup menipu untuk mendapatkan perhatian orang ramai manakala ada juga yang menganggap Bella cuma iri hati dan ingin menjatuhkan Miyyo. 

Miyyo menjadi bualan netizen selepas gambar-gambarnya seperti anime itu menjadi viral malah dia juga mendakwa mendapat tawaran menjadi artis K-Pop setelah sebuah agensi mencari bakat dari Korea Selatan menawarkan kontrak yang bakal ditubuhkan pada musim luruh akan datang. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close