'Dawai Braces Beli Kat China Tapi Caj Sampai RM580' - Derita Wanita Ini Pakai Braces Tiruan Harga Murah Akhirnya 'Makan Diri' Tak Sampai Sejam Pakai


Anak muda zaman sekarang mudah sangat terikut dengan trend semata-mata kerana mahu bergaya dan keliihatan cantik. Pemakaian braces kalau dulu hanyalah untuk mereka yang mempunyai gigi yang agak tidak teratur ataupun 'jongang' sedikit. 

Namun, kini pemakaian braces seperti menjadi trend dan mudah didapati pula dengan harga yang murah. Tambah membahayakan pemakaian braces ini dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pergigian. 

Ini yang berlaku kepada Mimi Suhana Azmi yang mengalami pengalaman yang menyakitkan akibat pemakaian braces tanpa merujuk kepada yang pakar. Semoga perkongsian tersebut menjadi iktibar pada anak-anak muda sekarang. 


BRACES RM580

sekadar perkongsian ya sahabat semua . Tiada niat lain. Tiada niat nak tutup periuk nasi sesiapa pun . Sebab aku tak pernah mention aku buat braces ni kat siapa. Jadi orang tersebut boleh terus cari rezeki kalau memang rasa benda ni tak salah mintak maaf andai ada salah dan silap.

2 bulan yang lepas aku ada dok servey nak buat braces tu pun bukan sebab nak ikut fashion tapi memang gigi depan ni jarang dan sedikit kehadapan 

Masa dok servey tengok ada kawan promot cakap braces rm580 macam tu. aku pun tanya betoi ka elok braces ni boleh rapatkan gigi ka ? ' dia cakap memang elok sama macam klinik buat jugak cuma harga ja murah. Aku pun excited tanpa berfikir panjang kenapa tidak ? Kalau dapat kesan yang sama dengan harga yang lebih murah ?

Aku pun deal la dengan orang tu nak buat braces ni. Dia tanya nak dia mai rumah aku ka atau aku pi kat dia ? Masa tu macam pelik jugak. Eh tak buat dekat klinik ke boleh buat kat rumah macam tu ja ?

Hmm dah sebab dorang cakap sama ja kesan aku teruskan jugak niat. Dah pasang braces semua siap . Lepas sejam lebih macam tu aku makan chicken rice shop mak ai sakitnya gigi tuhan yang tahu. Mengunyah pun slow-slow ja. 

Ayam memang tak sentuh. Makan nasi dengan sup ja. Sebab orang tu pesan kena makan makanan yang lembut-lembut ja. Tiba-tiba prappppppp bracket tu bahagian bawah dah tercabut . Hahaha . Yang atas maintain ok

Aku pun bagitau la kat orang tu. Dia cakap takpa nanti dia buat kan bagi elok balik. Tapi kena cas la. Aku pun ok takpa. Tapi sampai harini aku tak betol kan pun yang patah tu.


'Takkan Muda-Muda Dah Pakai Gigi Palsu'

Aku scroll ig ada tengok post yang dalam gambar ni cerita pasal braces murah ni. Rupanya memang tak bagus. Ada yang sampai tercabut gigi. Ada yang gigi rosak

Aku pun risau aku ajak kawan pegi cari klinik gigi doktor pakar semalam suruh dia bukak yang braces aku paka sekarang. Macam uoll tengok dalam pic tu dah tinggal gam ja. Dawai-dawai tu semua dah bukak.

Next appointment baru bukak habis n pasang braces baru kat klinik pakar tu. Doc tu cina. Dia cakap dah banyak jumpa kes macam ni. Masa dia bukak dawai tu dia cakap seller tu beli dawai tu kat china harga rm10 ja tapi cas rm580. Dia siap suruh aku buat repot polis lagi. Tapi tak mau la. Aku dah halalkan semua tu .

Maybe ada kot braces yang murah tapi memang boleh betol kan gigi. Allahhualam. Tak berani cakap dan tak berani tuduh. Siap ada kawan yang dah buat braces gigi sakit 2,3 bulan tak hilang. Bagitau kat seller nak bukak braces kena cas rm100 takdak duit punya pasal bukak guna playar. Kesian nya 

Moral the story sayangi la gigi anda. Tak kan muda-muda nak pakai gigi pelesu kot dan alhamdulillah gigi aku tak tercabut sebab awal pergi jumpa pakar. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close