Cikgu Kimia Kongsi Cara Nak Dapatkan Jantina Anak Perempuan Mengikut Logik Sains , Selain Usaha Dan Doa !



Usaha dan doa senjata utama , namun ilmu juga harus ada . Ada orang mahukan anak perempuan setelah dikurnikan 6 anak lelaki begitulah sebaliknya mengikut fitrah kehendak dan kemampuan manusia .

Cikgu Kimia , Taibah Nurwahidah Mohamad berkongsi teori kromosom X dan Y serta cara pemakanan , tempoh 'bersama' dan faktor kesuburan boleh menentukan jantina bayi kelak .

Ikuti perkongsian beliau :

Post kali ni akan share ilmu yg tak seberapa bagi sesiapa yg merancang sama ada nak baby boy atau baby girl utk next pregnancy...

Alhamdulillah sy dan suami da mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl,anak ke2 kami..maka sepasanglah anak kami setakat ni πŸ˜€ Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yg turut memberi kerjasama...tak sia2 kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia

Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dlu? 


Bagaimana jantina anak ditentukan..sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX..apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50..Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik.. perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil..once da berlaku persenyawaan,cara sy ni tak berkesan da

Bagaimana untuk kt menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kt kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu..X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan..manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju...Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali ..di sini la sy mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni ( cikgu kimia la katakan 🀣🀣)

Tips:

1) Pemakanan

Jika mahukan baby boy,suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood)...manakala jika mahukan baby girl,suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu..kenapa suami???😱😱😱kenapa bukan isteri??kerana suami yg bawa kromosom Y yg mana menentukan boy atau girl...maka suami2 main peranan besar kat sini... ok , apa yg sy dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nk hamil bermula daripada hr pertama sy period) suami dilarang makan apa2 jenis seafood..sebulan memang hari2 sumber protein yg suami ambil hanyalah ayam,daging atau telur..sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je..suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging

Selain tu, suami juga kena lebih makan masam..yg ni mencabar sikit untuk suami sbb dia mmg xsuka buah masam2...tp direlakan juga bila isteri beli buah yg masam untuk dia..πŸ˜†

Isteri juga bole membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu..susu,cheese dan butter

Sy kongsi ni lebih kepada untuk baby girl,so kalau nak boy,kena sebaliknya..elakkan makan masam..dan isteri elakkan makanan tenusu

2)Tempoh bersama

Yang ni susah sikit sebab kt sendiri tak tau bila waktu subur kt kan..so ada 2 cara nak tau waktu subur..yg pertama senang je,pegi farmasi beli Ovulation Test..bentuk dia lebih kurang mcm pregnancy test..cara nak guna bole tengok pada kotaknya..

Ataupun cara ke 2,hanya boleh dipakai bagi sesiapa yg kitaran haidnya sama setiap bulan..yg ni nak senang guna app period ..kt bole tengok corak kitaran haid kita..bagi yg kitarannya sama setiap bulan,tolakkan jumlah kitaran dengan 14,maka hari itulah waktu subur dia..waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari ..contoh (30-14),maka hari ke16 itulah hari subur

Ok kenapa penting nak tau waktu subur..tadi kan da cerita pasal temph hayat X dan Y..jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hr subur...ini disebabkan Y yg hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa ..yg tinggal hanya X ..maka jadilah XX(girl)...

Kalau nak baby boy,terbaliklah jadinya..perlu bersama pd waktu subur..Y yg bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum utk disenyawakan..maka jadila XY(boy)

Ok itu saja tips yg sy dan suami gunakan..banyak sebenarnya tips lain kalau googles..tapi yg lain sy tak jumpa logik sainsnya,maka malasla nk follow..sy suka buat sesuatu yg ada sebab jelas..kan da kabo td sy cikgu sains kan..hehe..

Jangan lupa, DOA senjata utama..tak guna usaha tanpa doa..minta sungguh2 pd Allah..semoga tips ni dapat memberi manfaat pd yg membaca


www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close