'Bapak Aku Kantoi Tengah Hangat Bersayang Rindu Dalam Whatsapp Dengan Jiran Sendiri , Tapi Apa Yang Mak Aku Buat Memang Respek Lah !'


Kisah ini dikongsi oleh seorang anak yang mengesyaki seorang ayah cuba berbuat curang dengan jiran merangkap kawan baik maknya sendiri . Berlaku sekitar jun dan julai 2017 baru-baru ini .

Mak ayah saya telah berkahwin selama 30 tahun yang lalu  , sekarang mak lewat 40-an dan bapa saya 50-an . Bapa saya seorang pekerja swasta , jika diikutkan perkiraan umur , bapa saya akan bersara penghujung julai ni . Wahh , kayalahh . KWSP keluarlah .


Sepanjang hidup saya, Bapa saya ni mmg seorang yang baik, penyayang dan lembut hati. Tak pernah keluar malam, tak pernah keluar lepak, \juga bukan kaki mancing. Masa zaman masih bekerja dulu habis waktu  kerja bapa akan  balik habiskan masa dengan kami.Malam keluar dinner dgn kami. Hari cuti pun dengan kami. Pendek kata bapa memang selalu dengan kami . Dengan kami anak-anak   bapa ikutkan saja.

Saya anak sulung, saya ada 3 lagi adik. Saya masih tinggal bersama keluarga. Adik saya sorang dah kerja, 2 orang lagi masih bersekolah. Kalau dengan mak pun bapa okay, kalau keluar berdua baju nak sama warna, tangkap gambar nak romantik-romantik .

Mak saya pulak memang  seorang yang suka berleter, kami adik beradik dah lali. Tapi bising2 Mak pun semua kerja siap tiptop. Masak pagi, tengah hari, malam, hantar ambil adik sekolah, basuh baju, sidai baju, iron baju (Bapak saya semua tshirt, jeans semua mak iron sbb Bapak sentiasa nak smart) lipat baju, kemas rumah dll kerja suri rumah.

Mak saya ni pula peramah, semua orang suka kawan dgn dia walaupun dia kuat leter. Dia percaya bapak 100% yelah 30 tahun haa berkepit tak pernah renggang kecuali bapa pergi berkursus, itupun bapa akancall berkali2 kalau berjauhan dgn kami.

Kalau kata bapa curang mesti Mak gelak je. Yelah kadang2 kami saja melawak masa tengok drama melayu. "Mak kalau Bapak macam dalam drama tu, apa Mak nak buat?" seleroh saya. Ye, Mak akan gelak je. Dia kata mana mungkin, Bapak bukan orang macam tu.


HARI 1 (Bapak kantoi!)

Tetapi langit tak selalunya cerah. Dalam diam, baiknya bapa selama 30 tahun bersama mak , akhirnya kantoi jugak. Satu hari, saya terbaca whatsapp bapa dengan perempuan lain. Asalnya saya nak pinjam handphone bapak nak on hotspot. Bila saya slide homescreen terus terpampang whatsapp perempuan yang bernama Suzi bukan nama sebenar.


Korang tau siapa Suzi? 

Suzi ni kawan mak , jiran satu taman kami. Di taman ni orang panggil dia Gee, Suzi tu nama glamour/facebook. 23 tahun dah Mak kenal dia. Selalu je mak keluar makan dengan dia, tolong kenduri kendara kat rumah dia.

Saya masa tu rasa macam dada nak pecah. Sebab Bapak dok whatsapp rindu-rinduan dengan perempuan lain. Saya jadi marah. Terus saya cepat-cepat tangkap gambar chat2 dorang yang mana sempat. Dengan niat kang bapak tido saya nak siasat lagi. Tapi hampa, rupanya Bapak clear chat sebelum dia tido. (Menyesal saya ajar Bapak clear chat dulu, sebab dia kata penuh la whatsapp Bapak, dah berat hp ni. Tolong ajar delete semua sekali. Penat nak delete satu-satu) Tapi dia tak delete whatsapp Suzi tu, masih ada di atas-atas tapi bila buka chat kosong. (tak sempat ajar Bapak yang ini).

Buat pertama kalinya dalam hidup, saya kecewa dengan Bapak yang teramat sangat. Saya menangis. Saya rasa hampa. Saya rasa bapa dah tak sayang Mak. Macam mana kalau Mak tau? Macam mana nasib kami nanti. Masa saya menangis ni semua orang dah tido. Saya dapat idea nak link kan whatsapp di handphone bapak ke computer saya. Saya ambil handphone Bapak senyap2 dan saya link web whatsapp handphone Bapak ke computer saya. Kemudian saya tidur


HARI 2 (Kumpul maklumat)

Esok tu saya bangun terus on computer nak mulakan siasatan. Betul jangkaan saya, Suzi whatsapp bapa , dia tanya

"Hai buat apa sihat ke?" 

ko dah kenapa pompuan? Hari-hari whatsapp dok tanya khabar lagi? Saya singkatkan lagi, dia asyik whatsapp suruh Bapak call dan tanya jadi tak esok? Esok nak cancel ke? Saya pun tak faham apa yang dorang cakap.

 Saya syak dorang nak jumpa/dating tapi belum confirm lagi. Saya check call log, ye betul bapa ada call Suzi. Entah apa diborak saya pun tak pasti. Satu hari saya baca whatsapp dorang, tapi yang penting-penting semua melalui panggilan telefon. Pandai pulak kalau nak call, cakap dalam kereta, takpun keluar ke mana2 kejap dan call(dari pemerhatian saya 2 hari ni).

Sebelum tido masing-masing pesan suruh clear chat. Licik betul orang tgh "hangat bercinta" ni kan. Dalam masa yang sama saya terfikir mcm mana saya nak bgtau Mak, sebab saya takut Mak jadi gila, Mak pegi serang Suzi, Mak pengsan dll kemungkinan yang tak tercapai akal.

HARI 3 (Mak dah tau!)

Hari bermula seperti biasa, sy tengah tunggu drama hari ini sambil buat kerja. Mak ajak saya ke kedai. Saya pun nak taknak la ikut Mak sebab nak tunggu drama dorang. Kang melepas pulak. Tapi mak paksa jugak tak larat nak angkat barang nnt katanya.

Masa dalam kereta, Mak bagitau saya, Mak rasa tak sedap hati, Mak terbaca whatsapp Bapak dgn Suzi (Whatsapp wish birthday & Bapak bagitau esok malam dapat hadiah) Masa ni Mak tak dapat "tangkap" siapa Suzi. Yelahhhh kat taman dok panggil Gee.

Mak suruh saya siasat, Mak minta saya cuba curi-curi tengok handphone Bapak. Saya diam je. Dalam hati berbelah bagi nak terus terang atau tak. Akhirnya saya bagitau jugak perkara sebenar pada Mak. Saya cakap, saya dah tau awal sikit, saya nak siasat dulu dalam 3-4 hari sbb saya syak dorang nak jumpa.

Saya bgtau jugak Suzi tu Makcik Gee sbnrnya terus Mak mengucap panjang. Kawan makan kawan. Tikam belakang kata Mak.

Tapi Mak power, tak menangis. Mungkin sebab terlalu marah Mak tahan air mata tu.

 Saya minta Mak bersabar tunggu esok, sebab saya nak dapatkan bukti bergambar. Konon saya nak ikut kereta Bapak dari belakang la masa dia keluar. Lepas Mak bertenang, kami pulang. Masa tengah lunch, Bapak bagitau esok malam dia ada jamuan raya pencen dengan budak-budak office.

Saya terus pandang Mak, Mak pandang saya. Mak kata ok, jangan balik lambat sangat, Bapak tu tak sihat sangat, ubat jangan lupa bawak.

Yang lagi power, malam tu Mak tanya Bapak nak pakai baju apa untuk jamuan esok. Mak iron kan. Padahal banyak dah baju yang mak sedia iron. Korang bayangkan, Mak korang sediakan persalinan untuk Bapak korang pegi dating! Huh! 

Saya pulak yang sebak masa tu. Mak cool je. Tenang je dok iron sambil sembang-sembang dengan Bapak. Tapi masa tu Bapak tengah main handphone. Saya terus masuk bilik. Yeap drama dah start.

Saya tunggu dan baca satu per satu. Sakit hati. Sakit hati sebab malam ni gatalnya lain macam. Nak diteman tido la, nak tepuk2 la, tido sorang sunyi la, nak cium dahi la. Kemain eh ko Suzi! Yang Bapak pun satu! Melayan! Saya dah rasa panas dah masa tu.

Saya tahan juga baca and screenshot semua chat sampai dorang stop dan clear chat. Kemudian saya keluar bilik. Saya tengok Bapak kat ruang tengok TV. Saya masuk bilik Mak. Saya report kat Mak.

Mak yang tengah tido terus bangun. Tak boleh jadi, confirm esok niat nak buat yang bukan-bukan! Tak boleh tunggu esok! Settle malam ni jugak! Saya dah berdebar.

Mak suruh saya naik atas dgn adik-adik. Mak kata biar Mak cakap dengan Bapak. Kalau mak panggil turun, baru turun. Saya ikutkan kehendak Mak. Jam 1.30 pagi Bapak masuk bilik. Jam 2.00 pagi macam tu, Mak panggil saya turun. Bapak dalam bilik. Malu mungkin nak berdepan dengan saya.

Mak bagitau, masa bapak masuk bilik, Mak tanya Bapak, 

"Abang tengok mata saya ni, esok malam abang nak ke mana? 
Abang nak keluar dengan Gee kan? 
Kenapa abang tipu saya? 
Kenapa abang message bukan2 dengan Gee? 
Gee tu kawan saya, isteri orang." 

Bapak terdiam. Bapak kata melawak saja, Mak terus berkeras sikit melawak bukan macam tu kata Mak. Tu dah lebih. Peluk, cium tu bukan melawak. Boleh bawak kemusnahan. Mak cakap elok-elok sampai Bapak mengaku. Pendekkan cerita, Bapak mengaku, Bapak macam tu dalam whatsapp sahaja. Bapak add Suzi kat facebook, Suzi start chat Bapak kat messenger. (Saya check ye betul Suzi rajin DM Bapak kat mesengger dan melalut sampai ke whatsapp)

 Esok tu mmg betul plan nak jumpa untuk kali pertama. Bapak minta maaf kat Mak. Merayu jangan bagitau sapa2 malu katanya. Janji tak buat lagi & lain-lain pujuk rayu dari Bapak. Mak pun lepas dah habis cakap dgn Bapak nak keluar dari bilik (nak jumpa saya) Bapak kata jangan la keluar, tido la. Mak jual mahal, mak kata nak tenangkan fikiran jap kat depan. Haaa tau pun Bapak. Ingat Mak nak tido luar la tu.

Saya turun teman mak sekejap. Masa tu handphone Bapak ada pada Mak. Mak mintak saya block, delete apa yang patut. Mak whatsapp Suzi, Mak minta Suzi batalkan niat nak jumpa Bapak, Mak luahkan rasa kecewa Mak kat Suzi. Suzi tak reply sbb dah jam 3.00 pagi. Saya pun kemudiannya tertido kat ruang TV. Mak dengan Bapak masing-masing tak boleh tido sampai ke Subuh. Muhasabah diri agaknya.


HARI 4 (Berdamai)

Pagi-pagi lagi Suzi dah reply whatsapp Mak. Tauuu takut. Merayu Suzi dalam whatsapp minta Mak maafkan dia. Siap cakap Bapak yang lebih2 dia layankan. Hahaha padahal dua-dua sama je gatal!

Lepas tu dia nak jugak lepaskan diri dia, dia bagitau, dengan laki lain ada je dia whatsapp lagi teruk bandingkan dengan whatsapp dia dengan Bapak, dorang ok je. (Tepuk dahi, buka aib sendiri) Aduhai Suzi, suka hati ko la nak message macam mana pun dengan orang lain. Asalkan bukan dengan Bapak!

 Lepastu dia minta jangan bagitau suami dia. Mak kata la ni 1st & last warning. Kalau terjadi sekali lagi, tiada maaf bagimu. Jaga laki ko baik-baik Suzi, dia tu baik. Takyah jaga laki orang. Ko tu yang perangai. Suami, anak, satu taman mak akan bagitau kalau dia buat lagi.

Lepas tu ada laaa dia hantar lagi Mak dah malas layan. Hebat betul Mak. Kalau saya, saya terus haa bagitau suami Suzi. Dah rumahtangga saya berantakan, mesti saya nak yang sama untuk dia. Baru adil! Dah la Mak tak menangis pun. Fikir saya, Mak menangis dalam hati saja kot. Luaran, Mak tenang macam semalam jugak. Lepas Mak dah tak layan last whatsapp Suzi tu, saya minta Mak pegang handphone Bapak lagi. Takut jugak kan dia guna nombor lain ke apa ke. Susah nak peracaya dah. Mak pegi pasar pagi tu pun bawak handphone Bapak. Bapak ada dgn saya di rumah. Saya pantau Bapak, tak lepas seminit pun dari pandangan saya.

Bapak macam dah segan la nak cakap dengan saya sbb Mak bagitau anak-anak semua tau. Masa mak balik dari pasar, Mak bagi semula handphone kat Bapak, Bapak kata takpa simpan la dulu. Terus Bapak tarik tangan Mak (macam nak salam tu) dan tangan saya.

Bapak menangis sungguh-sungguh. Bapak minta maaf atas kekhilafan dia. Dia cakap tolonglah tengok-tengok kan dia, tegur bila rasa benda tu salah. Sebak rasa di dada saya. Pertama kali Bapak minta maaf begitu ikhlas. Saya pandang Mak, Mak pun sama naik nangis dengan Bapak. Yelah, lama Mak tahan dari awal Mak tau. Ni baru Mak rasa nak lepaskan kot. Mak tak boleh nak cool dah. Saya cakap, kami semua sayangkan Bapak. Bapak jangan buat lagi. Kesian Mak. Bapak angguk je. Yelah dok nangis cakap apa pun dah tak jelas haa. Saya biarkan dorang dua nangis. Saya masuk bilik taip cerita ni. Sekian dari saya.

Yang benar,
Anak Mak Bapak.

* Saya business/bekerja dari rumah. Sebab tu ada jeee kat rumah ?? (kot2 korang tertanya2).
** Ini kisah benar Julai 2017. Berlaku dalam tempoh 1 bulan (Start Jun). Bapak saya salah, Suzi pun salah.

Pengajarannya , dah bersuami jagalah sebaiknya . Dah beristeri , jagalah isteri dan anak sebaiknya .
Terkadang Allah beri dugaan yang Dia tahu kita mampu nak tanggung , jadi kepada orang-orang yang dah ada keluarga , jaga .

www.kakishare.my

Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close