Bapa Tak Guna! Gadis 14 Tahun Dirogol Bapa Kandung Ketika Ingin Mandi Dalam Tandas


Bapa sepatutnya menjadi ketua keluarga dan pelindung kepada isteri dan anak-anaknya. Walau bagaimanapun, ada sesetengah bapa tidak memikul tanggungjawab malah ada yang bertindak melampaui batas agama. 

Apa yang terjadi pada seorang anak ini pasti akan menjadi detik hitam dalam hidupnya. Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, anak gadis yang berusia 14 tahun itu sedang bersiap untuk mandi memandangkan hari sudah hampir petang. Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah.

Apabila menuju ke tandas, bapanya tiba-tiba menghampiri anaknya itu dan menyerangnya dari belakang. Suspek kemudian mengheret dan mengugut memukul anaknya itu jika mangsa berani menjerit meminta tolong. 

Mangsa yang takut hanya mendiamkan diri dan membiarkannya diperkosa oleh bapanya sendiri. 

Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang menimpa dirinya kepada ibunya dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut. Setelah disiasat ianya bukanlah kejadian pertama kerana bapanya pernah mencabul dan meraba kemaluan remaja tersebut. 

Pihak polis telah menahan bapa mangsa dan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes tersebut. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close