Bapa Hampir Pengsan Lihat Anak Remajanya Maut Tersepit Antara Lif Dan Siling Dalam Kemalangan Pelik


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas badannya tersepit pada lif mengangkat barang ketika sedang bekerja di sebuah kedai perkakas di Pendang. Mangsa ditemui tersepit diantara ruang lif barang dan siling di bangunan kedai dua tingkat itu pada petang Selasa. 

Mangsa, Muhammad Zairul Naim baru saja bekerja di kedai tersebut sejak empat bulan lalu demi membantu keluarga dan tiga adiknya selepas berhenti kerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. 

Bapa kepada mangsa, Zaini Saad hampir pengsan melihat keadaan anaknya itu. Dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya selepas diberitahu oleh seorang rakan sekerjanya. 

“Saya ada di rumah dan dalam 3.30 petang, rakan sekerja anak datang beritahu yang anak saya kemalangan, jadi saya terus bergegas ke tempat kerjanya sebelum masuk untuk melihat mayat anak. Saya terus longlai dan sedih melihat keadaan anak ketika itu.

“Saya terus keluar dari kedai bagi membolehkan pihak bomba mengeluarkan mayat anak sebelum menaiki jip polis ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),"

“Dia mula bekerja sejak berumur 15 tahun dan seorang yang sangat berdikari. Bila dia minta saya carikan tempat kerja di kampung, saya bantu carikan...saya ingat tiada masalah kerana bekerja di dalam kedai tetapi ini semua sudah takdir.

“Saya reda manakala isteri, Chik Saad, 40, berada di rumah kerana masih dalam keadaan sedih,” katanya.

Zaini berkata mayat anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kuala Rimau, Pendang selepas proses bedah siasat selesai. - www.kakishare.my




Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close