Aksi Sempoi YB Khairy Jamaluddin Dalam MeleTOP Buat Penonton Terhibur

Penonton setia rancangan bual bicara hiburan MeleTOP di Astro pasti tidak melepaskan peluang melihat aksi Khairy Jamaluddin muncul dalam rancangan itu baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan YB KJ bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad bagi mempromosikan Transformasi Nasional (TN50). Seperti mana yang kita tahum YB KJ sememangnya antara menteri paling sporting di Malaysia dan beliau sangat dekat dengan para belia di Malaysia.
Kehadiran KJ tular di laman media sosial gara-gara aksi yang diperlihatkan menunjukkan sikap sempoi dan mengalahkan Nabil Ahmad dengan penuh macho memikat hati netizen.

Antara aksi yang menarik perhatian netizen ialah permainan ‘The Tablecloth Challenge’ iaitu menarik alas meja tanpa menjatuhkan objek di atasnya.
Telatah KJ memberikan suasana meriah dan lucu selain mendapat respons positif orang ramai. Namun, bukan itu sahaja yang menjadi perhatian sebaliknya tali di dalam baju yang dianggap netizen seolah KJ memakai rantai juga turut dibual netizen.

Video yang dimuatnaik MeleTOP di youtube itu telah ditonton lebih 130 ribu kali sejak dimuat naik dua hari lalu.



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close