Akibat Tidak Berpantang Selepas Beranak , Suami Minta Cerai Lepas Dapat 'TOMBONG' !


Tombong atau prolapse salah satu penyakit yang digeruni mana-mana wanita . Mana tidaknya ia sangat menyakitkan dan membuat wanita akan patah hati dan ketakutan melalui kehidupan seharian. Setiap kali wanita duduk akan basah berair , mengeluarkan bau busuk dan tidak boleh melakukan sex..!! 

Kes ini Hakak harap anda sedar lebih awal terutamanya kaum wanita yang bergelar isteri. Satu masalah sensitif malah pernah ada kes yang seorang isteri terpaksa hidup bermadu kerana suami cari lain disebabkan rahim jatuh yang tahap teruk!

Haa... jangan main-main dan kalau Allah nak bagi ujian ni, terimalah dengan hati terbuka tetapi jangan terus terduduk dan menyerah. Anda boleh semak dari awal dan rawat secara berperingkat.
Nak tahu lebih jauh mengenai tombong, semak sini...


6 Punca Peranakan atau Rahim boleh jatuh:

1. Sebab kemalangan yang kuat..

Contoh: jatuh terhentak atau terduduk yang kuat. Sebab tu kena elakkan & berhati-hati semasa buat apa-apa aktiviti lasak.

2. Seks yang keterlaluan.. Yang ni buat aksi-aksi melampau sangat memang boleh bagi kesan pada rahim.

3. Mengangkat benda-benda berat. Contoh: kotak-kotak yang besar.

4. Jalan terlalu lasak.

5. Tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.

6. Tidak menjaga pemakanan.

Ini 8 TANDA-TANDA Peranakan Jatuh :

1. Sakit perut yang luar biasa.

2. Keluar cecair dari rahim.

3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.

4. Sakit pada ari-ari.

5. Sakit pada dinding faraj.

6. Sakit ketika 'bersama' suami.

7. Kejang pada bahagian bawah perut.

8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak kuar dari faraj.. (ini peringkat yang teruk)

RAWATAN

1.Berurut

Biasanya memang mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan Asal.

2.Bertungku

Jika ade je rasa tanda-tanda tu, ambil tungku dan tungku bawah perut dan pada peha naik ke atas... sambil baca selawat. In syaa Allah ok.

Jika peringkat teruk, mungkin kena buat operation untuk betulkan balik kedudukan rahim.

3.Kemut

Mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.

Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.

Kesan Rahim Jatuh/Rahim Rendah:

1. Kandungan mudah gugur (tapi ini semua kuasa Allah.. ada juga yang rahim rendah tapi boleh lekat baby, bergantung juga kepada kekuatan rahim).

Moga wanita-wanita kat luar sana jangan amik mudah tentang masalah peranakan ini terutamanya kepada yang sedang berusaha untuk hamil.


sumber : mingguanwanita

www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close