Restoran Daun Pisang Terkenal Di Bangsar Saji Maggi Goreng Ayam Tambah Ulat Sampah Jadi Viral


Kita sudah pasti menjangkakan kebersihan dan kualiti makanan di restoran yang terkenal adalah selalu terjaga. Namun, bukanlah semuanya terjaga kebersihannya. Ini salah satu contoh. 

Terbaru, satu video pendek telah muncul di laman media sosial dan rakyat Malaysia terutamanya netizen yang menonton video tersebut merasa agak jijik! Dari apa yang ditulis dalam video berkenaan, seorang pelanggan telah memesan sepinggan maggie goreng ayam di salah sebuah restoran daun pisang terkenal di Bangsar. 

Namun, apabila dihidang kepada pelanggan, pelanggan tersebut menyedari terdapat 'ramuan istimewa' di dalam makanannya itu. 'Ramuan istimewa' itu adalah ulat sampah! Video pendek berdurasi 6 saat itu memaparkan ulat tersebut 'menari-nari' di atas ayam goreng tersebut. 


Tak cukup dengan ulat itu, ayam yang dihidang itu juga mentah di tengah-tengah di mana sepatutnya jika daging ayam itu dimasak ianya akan bertukar menjadi putih. Video berkenaan dengan pantas menjadi viral di sosial media kerana restoran tersebut selalu dikunjungi oleh orang ramai kerana ianya amat terkenal di Bangsar. 

Rata-rata netizen cukup berang dengan tindakan restoran itu kerana tidak menjaga kualiti kebersihan. Seorang netizen berkata 'adakah mereka bahan yang telah basi? Kalau tak mustahil ada ulat tu'. Tambah seorang lagi 'Semua restoran sama je. Baguslah dapat kesan ada ulat. Kalau yang main makan je tak check dulu?'

Oleh itu, sebelum nak makan di mana restoran pastikan makanan tersebut bebas dari segala benda asing. Tonton video berkenaan di bawah ini. 


- www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close