Pemandu Grab Biadap Persenda Pelancong Pakai Baju Belang Macam Zebra


Lagi pemandu Grab buat hal? Beberapa bulan lepas, kecoh di media sosial pemandu Grab/Uber mempersenda penumpang yang sedang tertidur di dalam kenderaan mereka. Terbaru, rakaman seorang pemandu Grab dilihat seperti mempersenda sepasang pelancong yang menggunakan perkhidmatan Grab menjadi viral di media sosial. 

Dalam video berdurasi satu minit itu, pemandu Grab tersebut mempersenda cara berpakaian pelancong tersebut. Disebabkan pelancong tersebut tidak memahami apa yang diperkatakan, pelancong tersebut hanya melambai kepada kamera mungkin menyangka pemandu tersebut sangat ramah dengan kehadiran mereka. 

Pemandu tersebut berkata: 'Hari ini kita ada dua pelancong dari China' dan menoleh ke belakang dan bertanya dari mana mereka berasal. Pelancong tersebut menjawab pertanyaan pemandu Grab itu tetapi disebabkan pertuturan pelancong itu tidak difahami, lelaki itu sekali lagi mempersenda cara sebutan pelancong tersebut. 


Selepas menyuruh pelancong tersebut melambai ke arah kamera, lelaki itu terus berkata 'Dua orang bodoh ini pakai baju belang-belang macam zebra. Rasa macam nak tumbuk ke kat kepala mereka. Seronok betul dalam penumpang dari China ni' dengan nada yang sarkastik. 

Lelaki itu juga sempat berkata: 'Ulang tahun ke-5 Grab dan kita mempunyai penumpang dari China yang bodoh seperti mereka'. Sejurus video lelaki tersebut tersebar dan menjadi viral netizen terus mengecam lelaki tersebut kerana bertindak sedemikian. 

Mungkin lelaki ini hanya berniat untuk bergurau tapi lelaki ini hanya memperbodohkan diri sendiri malah Lelaki tersebut menjatuhkan imejnya sendiri. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close