Pandai-pandai je nak hukum suspek


KUALA LUMPUR - Lelaki berusia lingkungan lewat 40-an yang didakwa mencuri telefon bimbit cedera di kepala dibelasah oleh sekumpulan lelaki di Taman Maluri, Cheras. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.40 petang semalam di depan Hotel Dragon Inn, suspek dibelasah sekumpulan lelaki dengan playar, batang besi sebelum diikat pada kereta dan cuba mengheretnya ke balai polis. 

Menurut saksi, kejadian itu amat menakutkan sehingga orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terpaksa menghubungi pihak polis untuk menghalang tindakan sekumpulan lelaki itu. 

"Saya terdengar bunyi orang bergaduh di depan apartmen yang saya jangka ia sudah berlaku 30 minit awal sebelum saya mula merakam video ini. 

"Kelihatan sekumpulan lelaki membelasah seorang lelaki dengan playar dan batang besi. Saya percaya lelaki itu menginap di Hotel Dragon Inn dan mahu masuk ke dalam. Namun dihalang sekumpulan lelaki itu. 

"Beberapa orang di sekeliling saya kemudian menghubungi pihak polis yang datang ke lokasi kejadian 30 minit kemudian. 

"Bila kami menjerit pada lelaki yang cuba mengikat dan mengheret mangsa dengan keretanya, mereka kata lelaki itu patut mati kerana telah mencuri telefon mereka. Selain itu, mereka juga meminta orang ramai tidak campur tangan.

"Mujur ada seorang lelaki yang berani menghalang dan menenangkan mereka sebelum polis tiba di lokasi kejadian," katanya. 

Sebaik saja polis tiba, saksi ternampak salah seorang lelaki menyembunyikan tali yang digunakan itu dan terus beredar meninggalkan tempat itu.


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close