Masuk Rumah Orang Dalam Keadaan Bogel , Lelaki Cedera Parah Dibelasah


KUCHING: Seorang lelaki dalam keadaan bogel dibelasah orang awam selepas dikatakan menceroboh dua rumah di Kuching City Mall, Jalan Express Batu 4 di sini, malam kelmarin.


Menurut sumber, suspek berusia 21 tahun berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan itu terdahulu dilihat mencurigakan dengan menunggang sebuah motosikal sebelum bertindak memanjat masuk ke dalam dua rumah tanpa sebarang pakaian.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap oleh beberapa orang awam yang menyedari perkara tersebut dan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek bertindak agresif dalam usaha melarikan diri,” kata sumber.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan laporan berhubung kejadian juga telah dibuat oleh pemilik salah sebuah rumah yang dicerobohi suspek.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu suspek direman selama dua hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Suspek telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota dari unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk rawatan dan seterusnya direman selama dua hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan. -Utusan Borneo Online



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close