[KEMASKINI] Innalillahiwainnailahirojiun. Dua Juruterbang TUDM Hawk 108 Yang Hilang Pagi Tadi Ditemui Maut


Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media kehilangan pesawat TUDM Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi tadi memaklumkan bahawa dua juruterbang pesawat tersebut maut. 

Dua juruterbang itu ialah Mejar Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof 39 ditemui maut di kawasan hutan paya berdekatan Chukai, Kemaman pada pukul 2.30 petang tadi. 

Pesawat Hawk 108 berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi tadi, sebelum terputus hubungan 30 minit kemudian. 

Pesawat yang terlibat dalam operasi pencarian tersebut adalah Hercules C130 dan Eurocopter EC725 yang memulakan pencarian pada pukul 11.49 pagi tadi. Takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.





Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close