Jubah Lentik Ala Dress Jadi Viral Hanya Dapat Kecaman Dari Netizen


Menjelang bulan Syawal, kita dapat lihat aneka rekaan baju raya digayakan orang ramai menerusi perkongsian gambar mereka di media sosial.

Dan hari ini, orang ramai lebih memilih rekaan pakaian labuh yang menampakkan susuk tubuh dengan potongan kembang di bahagian bawah ala ikan duyung. Pasti menawan apabila si pemakai mengenakannya! Namun, apa akan terjadi sekiranya 'kaum Adam' yang memakai jubah seperti dress itu?

Memetik mStar Online, seorang lelaki menggayakan jubah berkenaan dengan 'pose' melentik yang kononnya nampak menggoda.

Beberapa gambar yang kini tular di media sosial itu memaparkan lelaki berkenaan menggayakan jubah dengan potongan ikan duyung berwarna merah jambu terang dan kuning dengan 'beraninya' tanpa rasa malu.


Mungkin dia menyangka akan mendapat pujian ramai, namun sebaliknya kecaman daripada netizen yang diterimanya.

"Hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita.

“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!

“Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.

"Rela pakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada memakai jubah ini," antara komen netizen.

Bagi tuan punya badan, Alif Steve Sergio beliau menerima segala kecaman dan kritikan dengan positif. Dalam satu status di dalam Facebook beliau menulis: 

'Tq for my designer yang buatkan baju nie. Letop2 uolzs. Tak yah nak beli mahal2 janji tau mcm mane designkan . Kpd komen2 negatif, i terima dgn aty terbuka sbb i tau uolzs tak mampu jadi macam i'. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close