'Hari Raya Dah Nak Dekat, Baju Raya Tak Ada' - Pelanggan Bengang Bila Butik Terkemuka Gagal Siapkan Baju Raya, PS Pula Gelar Pelanggan 'Macam Hanjeng'


Rasanya setiap tahun pasti timbul isu baju raya tidak siap. Tahun lepas kecoh apabila baju raya dari sebuah butik yang berkolaberasi dengan pelakon terkenal gagal disiapkan sehingga pelakon tersebut terpaksa turun padang dan menyelesaikan masalah tersebut. 

Kes-kes seperti ini terutamanya melibatkan baju yang ditempah terlebih dahulu selalunya melibatkan butik-butik berjenama. Pada tahun ini juga, sebuah butik terkenal masih lagi gagal menyiapkan baju yang telah ditempah oleh pelanggan seawal sebelum ramadan lagi. 

Rata-rata netizen kurang berpuas hati apabila pertanyaan mengenai baju yang sudah ditempah tidak dijawab. Malah, ada salah seorang 'personal shopper' butik berkenaan telah menggelar pembeli sebagai 'hanjeng' mungkin kerana terlalu banyak bertanya mengenai tempahan mereka yang tidak dapat disiapkan. 



Antara komen-komen netizen yang bengang dengan butik berjenama tersebut. 

"Paling kurang ajar Personal Shopper dia jawab komen pelanggan di Instagram, 'sudah-sudahlah menyalak macam Hanjeng kat sini'. Korang rasa? 

"Yang beli baju ini semua mengemis minta dia makan ke apa? Kita bukan gangster nak cari gaduh. Kurang ajar. Sendiri dah stress, kemudian maki hamun customer," kata Ieda Noridah. 

"Last minute beritahu baju tak dapat. Nak tunggu refund satu hal. Mereka ingat kita ni free (lapang) sangat, last minute kelam kabut nak pergi cari baju pagi raya. 

"Bila tanya, tak reply. Kemudian sound customer. 'Harap bersabar, jangan nak meroyan, jangan nak spam,'. Kalau terkena pada batang hidung sendiri memang tahulah perasaan itu macam mana," katanya lagi. 




Namun, butik jenama tersebut telah meminta maaf. Berikut adalah permohonan maaf butik berkenaan kepada salah seorang pelanggannya. 

Hai, sebelum buat penuduhan apa apa , kami minta maaf terlebih dahulu. Betul-betul minta Maaf kerana menunggu, ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan yang kami sendiri terpaksa pulangkan semula duit customer.

Buat apa kami nak refund duit saja2 sedangkan proses nya pun sangat rumit. Daripada kami ambil duit customer lebih baik kami pulangkan. Kami hanya mampu merancang dan perkara yang dirancang elok bertukar menjadi sesuatu diluar kemampuan kami, sebab itu daripada kami memegang duit customer lebih lama, lebih baik kami pulangkan hak mereka. 

Untuk pengetahuan saudari sekalian, sekarang kami sedang menunggu list refund daripada #certifiedPSMinaz kemudian dari situ pihak finance dan akaun kami akan membuat proses refund seterusnya. 

Lagi sekali, kami mohon maaf dan duit anda semua *yang minta refund akan dipulangkan. Kami mengambil pengajaran dari kes ini. Sebenarnya dari tahun lepas, kami dah cuba elak ulang dr kesilapan lalu namun masalah lain pula dtg menjengah. Kami terima segala kritikan dan kami akan perbaiki lagi utk masa akan datang. Terima kasih dan assalamualaikum.


Apa pun, semoga butik berkenaan dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin atau meminta maaf secara terbuka dan bukan hanya mendiamkan diri. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close