Guru liwat pelajar lebih 55 kali sejak Ogos 2015 ditahan


SIBU, SARAWAK - Seorang guru lelaki berusia 42 tahun ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar lelaki lebih dari 50 kali, selepas perbuatannya itu terbongkar, kelmarin. 

Lapor Utusan Borneo, perbuatan guru durjana itu dipercayai bermula di sebuah sekolah rendah di Kapit, di mana mangsa ketika itu berusia 12 tahun telah diliwat suspek sebanyak 20 kali di kuarters guru dan di sebuah hotel bagi tempoh Ogos sehingga Disember 2015. 

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, mangsa turut mendakwa dia diliwat guru terbabit kira-kira 30 kali sepanjang tahun lalu di sebuah rumah di Kemuyang. 

Difahamkan mangsa tertekan dengan perbuatan keji itu kemudian meminta keluarganya untuk menukarkannya ke sebuah sekolah lain di Mukah.

"Walaupun sudah berpindah ke Mukah, suspek masih meneruskan perbuatannya itu dan sering mengajak mangsa menginap di hotel bajet di Mukah. 

"Mangsa mendakwa diliwat sebanyak lima kali oleh bekas gurunya itu antara Februari dan Mei tahun ini sebelum perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar," katanya. 

Menurut Jimmy, mangsa tidak berani mengadu perkara itu kepada sesiapa selama ini kerana bimbang dengan keselamatan dirinya diancam oleh suspek. Guru sekolahnya yang menyedari perubahan sikap mangsa, namun mangsa enggan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. 

Selepas dipujuk berkali-kali, akhirnya mangsa mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan guru berkenaan segera membuat laporan polis di Balai Polis Mukah kelmarin, untuk tindakan selanjutnya. 

Mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk membuat pemeriksaan lanjut pada hari yang sama. 

Polis juga telah menahan suspek pada jam 10.40 pagi semalam di sebuah sekolah di kawasan hulu Kapit dan kini ditahan di Balai Polis Kapit sebelum dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close