Pastinya kebanyakan pengguna telefon bimbit pernah tersalah hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk memadam mesej itu?
Kini tidak perlu rasa bimbang lagi kerana WhatsApp akan dilengkapi ciri terbaharu yang membolehkan penggunanya menarik semula mesej yang telah dihantar.
Bagaimanapun, memetik laporan Metro.UK, mesej itu hanya boleh ditarik semula dalam tempoh lima minit.
Tidak setakat mesej, ciri baharu tersebut boleh digunakan untuk gambar, video, dokumen dan membalas status.
Ciri baharu tersebut yang dikenali sebagai Recall versi 2.17.30+’ dan kini sudah didapati dalam App Stores tetapi ciri tersebut masih belum boleh digunakan. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment