Budak Perempuan Tersangkut Dari Kereta Kabel, Orang Awam Tolong Sambut


Seorang budak perempuan berusia 14 tahun terjatuh dari kereta kabel yang dinaikinya di ketinggian kira-kira 7.6 meter mujurnya terselamat berikutan berjay disambut oleh sekumpulan orang awam. 

Memetik laporan Mirror UK, kejadian tersebut berlaku di Taman Six Flags Amusement di New York, Amerika Syarikat. 

Paparan video jelas kelihatan budak perempuan itu tergantung dengan badannya berhayun di luar kereta kabel, manakala dibawah kereta kabel berkumpul ramai orang awam yang cuba membantunya. 

Ketika itu, mangsa kelihatan memekik kuat akibat panik, menerusi video kedengaran ada orang menjerit "lehernya tersangkut", adik kepada mangsa yang berada di dalam kereta kabel kelihatan berusaha tenangkan kakaknya dan cuba mengalihkan kepalanya dari penghadang. 


Pada masa itu, kedengaran pula ada orang menjerit kuat : " Terjun saja, saya akan sambut awak! " Akhirnya budak perempuan itu menerjun ke bawah dan berjaya disambut oleh orang awam.

Kemudian mangsa segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan mangsa hanya cedera ringan sahaja. 

Susulan itu, walaupun kebanyakan pengunjung bimbang dengan tahap keselamatan kereta kabel di taman tersebut, tetapi pihak pengurusan taman memaklumkan kemudahan semuanya beroperasi dalam keadaan normal dan tiada masalah. 

Setakat ini, punca sebenar yang menyebabkan budak perempuan itu terjatuh dari kereta kabel masih tidak diketahui. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close