'Buat Apa Tu?' - Lelaki Ini Kantoi Tengah Buat Aksi Tak Senonoh Belakang Wanita Dekat Pasar Malam


Pasar malam memang tak boleh dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Siapa yang tak suka pasar malam kan? Sudah pasti apa yang best tentang pasar malam ialah makanan! Sebab itulah pasar malam selalunya dikunjungi oleh ramai orang untuk membeli makanan dan barangan dapur. 

Namun bagi seorang netizen ini, pengalaman di pasar malam menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Gadis tersebut telah diganggu oleh seorang lelaki yang gila seks. Gadis tersebut berjaya merakam kegiatan lelaki tersebut yang sedang melakukan aksi yang tidak senonoh sambil di tengah-tengah khayalak ramai. 

'Kejadian ini berlaku di Pasar Malam Sri Petaling. Lelaki ini akan beronani setiap kali dia melihat wanita berpakaian seluar pendek. Tengok aksi tangannya yang diseluk dalam seluar!'


Video berdurasi 16 saat itu merakam seorang lelaki yang sedang berdiri di belakang seorang wanita lain yang berpakaian t-shirt dan seluar pendek. Wanita itu sedang membeli sesuatu dari gerai tersebut. Pada mulanya ianya kelihatan biasa sehinggalah gadis itu mengarahkan kameranya ke bahagian seluar lelaki tersebut. 

Anda akan perasan bahawa lelaki tersebut meletakkan tangan di dalam seluarnya dan aksinya itu sangat mencurigakan. Reaksi netizen pula menyoal tindakan gadis tersebut yang hanya merakam dan tidak berbuat apa-apa terhadap lelaki tersebut. 

Namun, dia menjelaskan bahawa dia takut akan keselamatan dirinya kerana ketika itu dia hanya seorang diri dan cuma berani untuk mengekori lelaki tersebut untuk merakam kegiatan lelaki miang itu. 

Hati-hati je lah sekarang ni ramai lelaki otak tak betul. Sentiasa berwaspada. Lihat video lelaki tersebut di bawah. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close