"Bila jadi wanita muslimah jangan pakai baju balut tubuh rasa nak rogol gadis kat insta" - Lelaki

Sekadar gambar hiasan - www.kakishare.my
Kaki Share - Dalam Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah bayangkan kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku sebenarnya. Bukan hanya sekali tapi berkali-kali.

Siapa nak sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? nauzubillah.... Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? hina tak? 

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke? Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Pak guard yang dulu kita boleh harap pun, zaman sekarang ni banyak kes yang terjadi dan berani memperkosa? pernah dengar ada perkataan yang keluar dari mulut mereka sampai tahap macam ni 

" Bila jadi wanita muslimah jangan pakai baju balut tubuh rasa nak rogol banyak gadis kat insta"

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual. Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki? dan zaman sekarang ni nasfu lelaki di cabar secara direct di media sosial dan apatah lagi kalau secara live Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut?!
Sekadar gambar hiasan - www.kakishare.my
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.

Bagi yang berpakaian yang membalut tubuh sudah terang lagi nyata yang mereka memberi hidangan mata kepada lelaki, namun tak terlepas kepada mereka yang ada ciri-ciri ini
Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada.

Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk
Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Sekadar gambar hiasan - www.kakishare.my
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?


Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt. - Kaki Share


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close