'Bila Bisnes Jadi Viral Ada Saja Yang Busuk Hati Dan Khianat'


Hasad dengki dalam perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada saja yang dengki apabila sesuatu perniagaan menjadi maju dan mendapat sambutan ramai. 

Ini yang berlaku kepada pemilik Ayam Bakar Pasu Terlangkup yang diusahakan oleh Yusdey Ismail. Beliau mendakwa pasu-pasunya dipecahkan dengan sengaja oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana iri hati dengan perniagaannya. 

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi Selasa dengan sebanyak 18 dari 43 pasu telah dipecahkan. Pasu tersebut digunakan oleh Yusdey untuk membakar ayam di Bazar Ramadan Wisma Ria, Sungai Petani. 


"Ada yang kata saya fitnah atau sengaja reka cerita, itu tak betul, pasu-pasu itu memang ada kesan pecah akibat diketuk dengan benda keras, saya agak tukul besi.

"Saya pun tak sangka boleh jadi macam ni apatah lagi sekarang ni bulan Ramadan...kerugian ini saya anggap sebagai dugaan saya di bulan puasa," kata Yusdey lagi. Beliau berkata akibat perbuatan khianat tersebut beliau kerugian hampir RM2,000. 

Beliau tidak mahu menuduh sesiapa tapi beliau rasa kecewa dengan tindakan tersebut kerana tidak mempunyai atau menghalang rezeki orang lain. Walaupun begitu beliau tetap meneruskan perniagaan seperti biasa selepas membuat laporan polis. 




Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close