'Betul Ke Ni?' - Netizen Sangsi Gambar Budak Sedang Tidur Bersama Lukisan Rumah Idaman Jadi Viral


Tiga keping gambar ini sudah cukup membuatkan mana-mana netizen berasa sedih. Rata-ratanya amat tersentuh hati apabila gambar dua kanak-kanak lelaki hanya tidur beralaskan tanah di tepi beberapa bungkusan dalam sebuah rumah yang usang. 

Gambar tersebut di muat naik ke lama media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Tambah menyedihkan apabila di dinding rumah itu, terdapat sebuah lukisan berwarna yang bertajuk "Rumah Kami".


Menurut status laman sosial tersebut, setelah mendapat kepastian alamat rumah barulah ianya dimuat naik supaya mereka yang ingin membantu boleh terus ke rumah mereka. Rumah yang tidak bernombor tersebut dipercayai berhampiran 492, Jalan Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor. 

Gambar tersebut dipercayai di ambil oleh ketua kampung berdekatan dan melaporkan kisah kemiskinan keluarga tersebut kepada pengetahuan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk tindakan lanjut. 

Segelintir netizen juga mahu keluarga tersebut disiasat sama ada mereka benar-benar tinggal di rumah tersebut ataupun mempunyai rumah lain dan hanya meminta simpati orang ramai. Malah netizen juga tidak mahu sebarang pungutan derma tanpa mengetahui status mereka sama ada menerima zakat dan bantuan dari pihak yang berwajib. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close