Majikan Beri RM62 Untuk Setiap Staf Yang Berjaya Kurangkan 1KG Berat Badan


Masalah obesiti sememangnya ketara di seluruh dunia khususnya bagi pekerja yang alam kerjanya hanya di pejabat dan setiap masa duduk berdepan komputer. 

Dalam usaha menggalakkan setiap pekerja mengurangkan berat badan, terdapat sebuah syarikat di China bertindak menawarkan ganjaran wang tunai buat mereka yang berjaya. 

Idea itu diusahakan oleh Wang Xuebao, Pengarah Syarikat Perunding Pelaburan Xian Jingtian di Xian City, dengan menawarkan wang sebanyak 100 yuan (RM62) bagi setiap kilogram yang berjaya dikurangkan oleh pekerjanya.

Menurut portal Oddity Central, Xuebao membangkitkan idea itu selepas mendapati stafnya termasuk dirinya sendiri menghabiskan banyak masa di meja masing-masing dan kurang bergerak.

Xuebao menganggap situasi itu tidak bagus untuk kesihatan diri selain menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan pekerja.

"Saya berasa tertekan kerana ramai pekerja menghabiskan masa di meja, kurang bergerak dan semakin gemuk.

"Menerusi aktiviti mengurangkan berat badan, kita boleh membentuk budaya dan bersaing secara sihat demi kesihatan diri," katanya.

Usaha itu dimulakan sejak Mac lalu dan ternyata ia memberi motivasi kepada lebih separuh staf syarikat itu untuk mengurangkan berat badan.

Bagaimanapun Xuebao menetapkan syarat khas iaitu setiap staf perlu mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya tiga kilogram sebelum diberikan ganjaran. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close