Ini Rupanya 17 Kegunaan Lain Air Coca-Cola Yg Korang Mesti TERCENGANG Melihat Gambar Ni !!! | Coca-cola, Air berkarbonat terkenal ini hakikatnya mempunyai ‘kelebihan’ yang boleh digunakan selain dari minuman. Percaya atau tidak, air berkarbonat yang mengandungi paras gula yang tinggi ini juga boleh digunakan untuk perkara lain.
Contohnya, air berkarbonat boleh digunakan untuk mencuci barang perhiasan rumah yang kotor seperti besi karat. Malah, tidak dinafikan air berkarbonat ini juga boleh diguna pakai sebagai alat solekan.
1. Membersihkan Bateri Kereta.
Masalah pada terminal bateri kereta boleh diselesaikan dengan menuangkan air ini dan lihat bagaimana kekotoran tertinggal. Air ini terbukti tidak akan menganggu acid yang terkandung pada bateri jenis ini.
2. Melegakan Sengatan Ubur-Ubur.
Pada sesiapa yang pernah merasai sengatan hidupan laut ini pastinya tidak akan lupa bagaimana kesakitan yang ditanggung ketika itu. Walau bagaimanapun dengan menuangkan Coke pada bahagian yang terkena sengatan dan kesakitan tersebut akan berkurangan serta merta.
3. Menghilangkan Kesan Minyak Pada Lantai Atau Garaj Rumah.
Kesan minyak yang tertinggal atau menitis diruang parking rumah pasti merupakan sesuatu yang tidak disukai. Dengan menuangkan sebotol Coke, biarkan ia melitupi kawasan yang terkesan dan biarkan ia semalaman kemudian bilas dengan air biasa.
4. Menanggalkan Karat Pada Besi.
Coke terbukti dapat menyelesaikan masalah ini dengan merendamkan alatan besi yang berkarat dengan hanya beberapa minit. Tahap pH pada minuman ini membolehkan karat ditanggalkan bukan hanya pada besi, malah tembaga juga aloi.
5. Menguatkan Serta Melembutkan Rambut.
Mungkin kandungan kafien yang ada pada minuman ini, rambut terlalu halus atau mudah gugur boleh diselesaikan dengan hanya sekali cucian dengan coke boleh memberikan kekuatan pada rambut. Hanya perlu diingatkan kagar rambut perlu dibilas dengan air untuk mengelakkan rambut menjadi melekit.
6. Melembutkan Kulit.
Ingin kulit lebih halus dan lembut? Cuba tambahkan satu sudu minuman ini pada losen badan dan rasakan perbezaannya. Untuk keputusan yang lebih baik, cuba Coke biasa bersama losen yang tidak berbau.
7. Menanggalkan Cat Pada Besi.
Basahkan kain dengan Coke dan tekapkan pada kawasan yang mahu ditanggalkan. Kandungan asid dalam air ini akan menghakis cat tersebut dan menjadikannya mudah tertanggal.
8. Mengilatkan Cermin Kaca Mata.
Asid fosforik ada coke berkesan membuang kotoran yang ada pada kaca. Cuma selepas cucian, kaca mata tersebut perlu dicuci bagi mengelakkan ia melekit.
9. Membersihkan Kotoran Kuali dan Bekas Air.
Kandungan kimia yang ada pada coke membuatkan minuman ini amat membantu dalam membersihkan barangan dapur. Contohnya menanggalkan kesan yang melekat pada kuali atau cerek air dengan hanya merendam alatan tersebut dengan coke.
10. Membunuh Siput.
Musuh tanaman ini mungkin bukan ancaman besar pada rakyat Malaysia ekoran tidak banyak kes tumbuhan yang mati kerana haiwan ini. Namun di Amerika, Coca-cola terbukti berkesan menjadi racun bagi haiwan bercengkerang ini.
11. Melegakan Sakit Perut.
Boleh diminum sedikit bagi melegakan kesakitan perut.
12. Menghilangkan Bau Minyak Pada Baju.
Petrol atau diesel yang terkena pada baju akan meninggalkan bau yang sangat kuat. Masukkan sedikit coke pada mesin pencuci dan lihat hasilnya.
13. Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian.
Kesan darah tidak mudah ditanggalkan dengan pencuci biasa, namun seperti bau minyak, kesan ini mudah ditanggalkan dengan Coca-Cola.
14. Menyelesaikan Masalah Singki Tersumbat.
malah asid fosforik dalam minuman manis ini boleh menanggalkan kotoran yang tersumbat didalam saluran paip. Hebat bukan?
15. Bunga Tahan Lebih Lama.
Bunga yang dihadiahkan boleh disimpan lama di dalam pasu bunga, terima kasih pada kandungan gula yang terkandung dalam minuman ini. Cuma masukkan suku cawan bersama air, bunga tersebut boleh bertahan selama beberapa hari lagi.
16. Melegakan Masalah Sembelit.
kafien diketahui secara umumnya sebagai pelawas semulajadi dalam sistem pencernaan kita. Selain dari kopi, kafien juga terdapat dalam coke, jadi dengan pengambilan minuman ini boleh membantu perut.
17. Membersihkan Mangkuk Tandas.
Cuma tuangkan sedikit, biarkan selama 1 jam kemudian tarik pengepam tandas dan lihat perbezaannya.
Kredit : BlogFadahSempoi
P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!
The post Ini Rupanya 17 Kegunaan Lain Air Coca-Cola Yg Korang Mesti TERCENGANG Melihat Gambar Ni !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Blogger Comment
Facebook Comment