Putus Tangan Akibat Hutang


Seorang lelaki parah ditetak pada lengan kirinya dipercayai kerana masalah hutang. Kejadian berlaku di Bagan Jermal, Butterworth. 

Suspek yang berusia 50 tahun dikatakan datang ke rumah mangsa untuk membincangkan masalah hutang mereka. Sebaliknya berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa yang berusia 42 tahun. 

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata: 

"Suspek dikatakan menetak lengan kiri mangsa hingga hampir putus menggunakan golok.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Akibat kejadian itu, tangan kiri mangsa tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong,"

Suspek ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan setelah menerima laporan daripada adik mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close