Wanita Ini Letak Tangga Kecil Di Luar Tingkap Supaya Kucing Liar Tidak Mati Kesejukkan


Seorang wanita di Turki sanggup menyediakan tangga kecil khas untuk kucing yang kesejukkan untuk panjat masuk ke dalam rumahnya. 

Sebnem Ilhan yang juga seorang doktor gigi ini bertindak sedemikian kerana beliau tidak mahu kucing-kucing itu mati kesejukkan. 

"Saya membuat tangga ini supaya kucing boleh masuk ke dalam rumah saya yang selesa" kata wanita tersebut.

Namun beliau kurang pasti reaksi jiran-jiranya apabila melihat tangga kecil di bahagian tingkap rumahnya itu. 

Untuk itu beliau meletakkan beberapa pasu bunga di tangga kecil tersebut dan ianya tidak menggangu sesiapa. 

Selain membina tangga kecil itu, Ilhan juga turut membantu haiwan-haiwan liar dengan menjadi sukarelawan menjaga kucing serta anjing liar. 

"Saya harap tiada binatang yang lapar atau dahaga" katanya.




Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close