"Pihak Towing Jahanamkan Kereta Pelawat, Tak Mahu Bertanggungjawab Sehingga Kos Baiki Kereta Cecah RM8,500"


Kereta kena tarik akibat kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sesuai disebabkan ketiadaan parking sudah menjadi isu di bandar besar seperti KL. Walaupun begitu kejadian yang menimpa Norfila Mohamad Ramli sepatutnya dijadikan perhatian oleh pihak pengurusan yang bertanggungjawab.

Bismillahirrahmanirrahim. Saya akan kongsikan insiden yang berlaku kepada kami agar orang lain lebih berhati-hati dengan pihak pengurusan parking Hospital Kuala Lumpur.

Semua sedia maklum pihak HKL telah menggunakan khidmat towing dr pelbagai sykt luar. Walaupun parking bertingkat disediakan masih tidak mampu menampung jumlah pelawat yg datang ke HKL. Pada 26 Mac 2017 (Ahad) suami telah menziarahi ibunya yang masih terlantar koma di Wad NICU Nephrology HKL yg masuk minggu ke-3. Ini merupakan perkara rutin suami selama 3 minggu ini utk menjaga ibunya disamping adik-beradik yang lain.

Suami mendapati kereta telah ditarik (towing) dan pergi membuat bayaran SAMAN dengan syarikat parking HKL dan sampai di rumah di Putrajaya jam 4.00pagi 27 Mac 2017 (Isnin).

Saya bersiap dan menghantar anak pula ke sekolah selepas subuh. Selang 10 minit berjalan tiba2 alarm mengeluarkan bunyi & tertera : OVERHEATING. PLEASE STOP YOUR VEHICLE SAFELY.

Meter HEATING dari COOL (Blue) terus bertukar menjadi HEAT (Red) 100% . Kebetulan memang saya terus park di hadapan lobi pejabat.

Tunggu sejam then minta tlg tuan Hassan Tokey tengokkan masalah keta apa sebenarnya yang berlaku. (Thanks Tuan!). Cek air still ada dalam 1/2 tank, bukak penutup radiator air kering kontang. So tuang dalam 3L air Coway.

Start enjin then meter tunjuk blue (cool) semula tapi terdapat leaking air di sebelah kiri hadapan kereta. Air bercampur warna green maybe coolant.

Saya call auto-assist utk hantar carrier then bawa keta ke service centre berhampiran. Bila pihak pomen buat pemeriksaan & panggil saya untuk tengok sendiri apa yang berlaku, saya benar2 terkejut.

Kedua belah condenser & radiator telah kemek & coolant jugak telah pecah. Tiada sebarang kesan langgaran or kemalangan. Pihak pomen tanya apa yg berlaku sehingga menyebabkan kemek sebegitu rupa.

Saya maklumkan mmg tiada sebarang kemalangan berlaku cuma smlm suami maklumkan kereta kena towing oleh pihak penyenggaraan HKL.

Saya telah menghubungi HKL & mendapatkan no tel pihak yg bertanggungjawab. SAH.. Mereka lepas tangan & berdolak-dalih dalam hal ini. Saya benar-benar marah & kecewa dgn sikap lepas tgn sykt berkenaan.

Ya saya faham itu tanggungjawab mereka utk jalankan tugas mereka tapi bukanlah sampai MENJAHANAMKAN KERETA PARA PELAWAT. Betapa CUAI & TIDAK PROFESIONAL MEREKA dalam menjalankan tugas mereka. Bagaimana mereka towing kereta pelawat sampai boleh merosakkan kereta pelawat? Apa hak mereka?

Saya telah membuat laporan polis & menuntut agar mereka bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.


Sebutharga yang dianggarkan oleh pihak Mitsubishi adalah sebanyak RM8,500.00 utk kerosakan luaran berkenaan & tidak pasti lagi kerosakan dalaman apa yang telah terjejas akibat masalah tersebut.

Untuk makluman pihak suami telah berjumpa dengan pihak pengurusan parking HKL dan paling menyedihkan staff yang mengeluarkan saman berkenaan tidak menggunakan resit saman sebenar, maknanya duit saman yang telah dibayar telah disonglap oleh manusia yg busuk perut!

Ada staf yang jujur telah menunjukkan RESIT SAMAN TUNDA yang patut dikeluarkan kepada semua pelawat namun resit yang diterima oleh suami saya setelah saman dibuat adalah RESIT PARKING semata. Semua saman perlu dimasukkan ke dalam sistem namun mereka tidak jujur & tidak memasukkan no kenderaan kami yg kena tunda agar duit yang kami bayar mereka boleh SONGLAP!

Saya benar2 kecewa dgn pihak pengurusan parking HKL. Orang yang datang ke HKL bukanlah suka-suki dan semuanya kerana ada saudara mara yang sakit & terlantar lama di hospital.

Saya akan terus FIGHT FOR MY RIGHT.. Saya harap saya orang terakhir yang kena dgn sikap tak bertanggungjawab mereka. Semoga tiada lagi mangsa selepas ini. Orang kurang ajar akan dapat habuannya lepas nie.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close