Subhanallah, besar sungguh kuasa Allah. Seorang bayi yang bernama Emilia Grabarczyk dilahirkan dengan saiz tapak kaki sebesar kuku dan berat badan yang ringan ibarat sehelai kertas.
Walaupun dilahirkan tak cukup 9 bulan, bayi ini bergelar bayi terkecil di dunia dan orang ramai menjangka jangka hayat untuk hidup tidak lama. Grabarczyk berukuran 22 sentimeter dan berat badannya cuma 8 auns. “Pejuang Kecil” ini dilahirkan di Witten dan doktor beranggapan kelahiran bayi ini sebagai satu keajaiban.
“ Jarang jika bayi yang berat badannya 14 auns untuk hidup, namun lain bagi Grabarczyk, ini kuasa tuhan. Kami bersyukur kerana bayi ini berjuang untuk hidup”
Sudah masuk usia 6 bulan dan Grabarczyk menunjukkan perkembangan yang semakin sihat walaupun doktor tidak meletakkan harapan tinggi untuk bayi ini hidup lama.
Sumber : http://sajakongsi.com/
Blogger Comment
Facebook Comment