Remaja dibuli sampai patah rahang & bengkak bibir


BRIDGEND, WALES - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas diserang ketika turun dari bas sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah. 

Dalam kejadian jam 4 petang, 8 Februari lalu, mangsa diserang suspek sehingga cedera di bahagian muka.

Lapor Daily Mail, pipi kanan mangsa mengalami bengkak teruk dan mulutnya berdarah dipercayai rahangnya patah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Gambar yang dimuat naik ke laman sosial oleh ahli keluarga mangsa sejak minggu lalu menjadi viral dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengutuk tindakan si pelaku yang tergamak membuli remaja berkenaan. 

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 17 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut. - The Reporter


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close