(PENDEDAHAN) Ini Luahan Mengejutkan Dari Seorang Wanita, Mangsa Kekejaman Selva Kumar Subbiah
Susan Chapelle salah seorang dari seribu wanita dan kanak kanak yang telah menjadi mangsa penjenayah bersiri kejam, Selva Kumar Subbiah
Wanita ini meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu Selva Kumar yang sangat kejam ini akhirnya dibebaskan.
Chapelle adalah salah seorang mangsa jenayah Selva Kumar pada tahun 1989. Dia kini seorang penyelidik BC.
Menerusi pendedahan dari Chapelle, Selva Kumar menghendap dan mencari mangsa wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto.
Dia akan bertemu mereka dengan menyamar sebagai ejen pemodel atau penjual haiwan peliharaan eksotik.
Chapelle menceritakan pengalamannya menjadi mangsa dan ianya terjadi apabila terbaca satu iklan untuk pencarian model pada tahun 1989 ketika itu usianya 20 tahun.
Chapelle kemudian dibawa ke sebuah rumah dan ketika pertemuan itu Chapelle diberikan segelas wain pada jam 5 petang.
Ini komen Susan Chapelle:
“Saya tidak ingat apa apa,saya bangun jam 11 pagi,dan mendapati skirt saya berada dibelakang dan merasakan sakit yang sangat dahsyat diseluruh tubuh”
“Saya tidak tahu apa yang berlaku,saya menganggap ia satu kejadian yang sangat mengerikan, saya pergi kerumah orang yang tidak saya kenali,dan meminum segelas wain itu adalah alasan mengapa saya tidak mengadukan kejadian kepada polis”
‘Saya adalah salah satu dari beratus wanita yang menjadi mangsa, sebagian besar dari kami telah menahan diri untuk bercakap dan melaporkan kejadian tentang pengalaman ngeri itu, kerana kami merasa bersalah malah bertahun tahun selepas semuanya terungkap”
Selain itu Terdapat juga stigma sosial yang berterusan dari rakan,ahli keluarga mungkin akan menyalahkan mereka karena menyumbangkan peluang untuk di serang.
“Itu adalah salah satu sebab utama saya tidak dapat bercakap pengalaman menjadi mangsa. saya tahu saya akan dipersoalkan,saya pergi keluar dengan orang asing dalam kereta,ketika itu saya tidak bersedia meletakkan diri saya dihadapan pendakwa dan saya benar benar takut jika di soal siasat”.
“Saya boleh mengatakan ketika itu saya benar benar berharap seseorang membantu saya dan meletakkan perkara yang salah di tempatnya”
Chapelle pernah cuba bunuh diri kerana tertekan dengan kejadian yang menimpanya.
Selva Kumar didapati bersalah pada bulan Disember 1992 dan Januari 1997 ,75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan kepada kanak kanak.
Pada 29 Januari lalu, selepas menjalani hukuman lebih dari 24 tahun,selva kumar dihantar pulang ke negara asalnya Malaysia.
Sumber : berita memey
Blogger Comment
Facebook Comment