Pelakon Reen Rahim Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Wanita
Terancam dengan perbuatan seorang wanita, pelakon Reen Rahim kini telah membuat satu laporan polis Isnin lalu.
Menurut Reen Rahim, wanita berkenaan telah menceroboh telefon bimbitnya dengan mencuri video dan gambar peribadinya.
Ini komennya:
"Pernah mengenalinya lima tahun lalu dan dia pernah membantu dalam menguruskan aktiviti seni dan kelab peminat saya.
"Pun begitu, dalam keakraban kami berdua, ketika itulah dia mengambil kesempatan menyimpan gambar dan video peribadi saya.
"Sehinggalah saya menjauhkan diri daripadanya atas sebab tertentu.
"Tidak setakat kurang berpuas hati kerana hal itu, dia juga telah memburukkan saya di laman-laman sosial termasuk kenyataan berbaur ugutan mahu viralkan gambar dan video peribadi saya yang telah dicuri,"
"Saya terbuka dan saya pun tak suka bergaduh, saya sayang dia sebagai seorang kakak. Tetapi saya terpaksa menjauhkan diri kerana sebab peribadi.
"Apa yang saya boleh kongsikan adalah seorang kakak kandung pun juga tak boleh buat apa yang dibuat. Sekiranya dia ingin mohon maaf silakan menghadap dan saya mahu dengar daripada mulutnya sendiri,"
Itulah kes Reen Rahim.
Sumber : berita memey
Blogger Comment
Facebook Comment