'Patutlah bila hujung minggu, tak cukup troli di AEON Big Alamanda'



Untuk lebih dari satu bulan saya memerhatkan troli-troli ditinggalkan di tepi jalan dalam kawasan perumahan Presint 16. Dari seminggu ke seminggu, makin bertambah troli. Patutlah bila hujung minggu, tak cukup troli di AEON Big Alamanda. 

Maka timbullah idea nak bawa 'pulang' troli-troli ke Alamanda. Semakan melalui Google Maps menunjukkan jarak hanya 1 kilometer ke Alamanda dari Surau Ar-Rahman, yang akan melalui laluan pejalan kaki. 

Alhamdulillah tiga rakan sekerja iaitu Shahidin Mohamad, Khairul Fuadi dan Dortze Fahmi turut bersama menyumbang tenaga. 

Maka sekitar jam 6.15 petang tadi, kami mula mengumpul troli. Tapak bermula adalah di hadapan Surau Ar-Rahman. Di situ saja ada 19 troli. 

Kami ikat pemegang hujung ke hujung dengan tali rafia dan mula menolak. Seorang jaga di setiap hujung troli dan dua lagi di sisi kanan dan kiri. 


Sepanjang jalan kami mengutip troli sehinggalah ke Alamanda, kami membawa 22 troli. Sampai ke Alamanda, jam 7.15 malam. 

Cabaran?
  1. Memerlukan tenaga especially bila jalan yang mendaki. 
  2. Nak melintas jalan, kami melalui traffic light, menunggu lampu hijau dan melintas.
  3. Mengendalikan troli yang banyak lebih kurang seperti membawa treler panjang. Tali rafia putus semasa perjalanan mencapai 700 meter. 

Kenapa buat? 
  1. Masyarakat harus dididik bahawa secara asasnya, mengambil sesuatu yang bukan hak kita tanpa kebenaran adalah mencuri. Jadi kami hanya tolong mengembalikan hak AEON Big supaya tak tergantung urusan peminjam yang mungkin lupa mengembalikannya. 
  2. Setiap hujung minggu troli tidak mencukupi. Allah s.w.t telah berjanji, barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. 
  3. Saya telah kongsi di talk saya minggu lepas, nak buat baik tak semestinya grand. Secara asasnya bila kita menjadikan hidup seseorang itu lebih baik atau gembira, itulah kebaikan. 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close