MASYA'ALLAH!! GEJALA LGBT DI IPT MALAYSIA!!!



Gejala Sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Globalisasi dan modenisasi juga merupakan penyebab berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan masyarakat. Malaysia ialah antara negara yang menerima tempias negatif arus globalisasi khususnya dalam isu berkaitan sosial. Budaya negatif seperti gaya hidup bebas ala barat yang bertentangan dengan budaya dan agama telah mula meresap dalam masyarakat.

Masyarakat kita pada hari ini semakin diresapi budaya hedonisme seperti suka berfoya-foya, berhibur dengan keterlaluan, ketagih rokok, judi, arak dan pengamalan seks bebas. Rangkaian budaya seks bebas akhirnya melahirkan manusia yang digelar sebagai Lesbian, Gay, Biseseksual dan Transeksual (LGBT).

 Dalam konteks Malaysia hari ini, golongan LGBT merupakan ancaman baru dalam sistem sosial dan kehidupan beragama di negara ini. Antara ancaman LGBT kepada sistem sosial dan beragama dapat dilihat antaranya ialah mereka telah menuntut supaya aktiviti gay diiktiraf supaya bebas diamalkan di negara ini. Mereka menuntut atas nama kebebasan hak asasi manusia yang kononnya diiktiraf oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Seterusnya bagi memperjuangkan agenda songsang itu, mereka telah menubuhkan kelab-kelab gay yang menonjolkan aktiviti-aktiviti dan identiti mereka. Secara umumnya isu LGBT bukanlah isu baru yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia dan juga di negara ini.

Namun kemunculan mereka ketika ini telah mengejutkan banyak pihak. Ini kerana keberanian mereka untuk menonjolkan diri secara terbuka dan tindakan mereka untuk menuntut aktiviti gay dan aktiviti seumpamanya diiktiraf di negara ini. Kemungkinan ini dilakukan untuk meniru sebagaimana yang berlaku di sebahagian negara barat. Memandangkan Islam adalah agama suci dan agama Persekutuan Malaysia perbuatan sebahagian individu Muslim yang terlibat dengan aktiviti gay dan perbuatan seumpamanya sebenarnya telah mencemar maruah agama Islam dan umat Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, usaha hendaklah dicari terutamanya oleh agensi agama Islam untuk menangani dan menghapuskan perbuatan terkutuk tersebut. Ini dilakukan demi maruah agama Islam dan maruah 17 juta (67%) Muslim di negara ini.

Islam dan semua mazhab yang diiktiraf mengharamkan lesbian, gay biseksual dan Transeksual (LGBT). LGBT suatu perlakuan dalam kategori mungkar dan dosa besar seperti perbuatan zina, lacur, arak dan judi.

Pengharamannya jelas disabitkan melalui sumber ilmu (epistemologi) Islam. Dalam al-Qur’an pengharamannya secara jelas disebutkan antaranya menerusi surah al-Isra’ ayat 17-32, surah an-Nur ayat 24, surah al-A’raf ayat 80-84, surah an-Naml ayat 54-58, surah an-Nisa’ ayat 15-16 dan surah al-Ankabut ayat 28-35. Begitu juga banyak hadith yang mengharamkan perbuatan-perbuatan tersebut. Ijmak Ulama’ sependapat bahawa perlakuan zina, liwat dan musahaqah yang dikaitkan dengan amalan lesbian, gay dan biseksual termasuk dalam dosa besar dan pelakunya wajib bertaubat dan dikenakan hukuman berdasarkan hukum Syariah yang telah ditetapkan.

 Contoh: Dari sudut Syariah, ulama’ sependapat menyatakan homoseksualiti suatu jenayah yang boleh dikenakan hukuman demi menjaga kepentingan diri dan masyarakat. Perbezaan pandangan hanya timbul berkaitan bentuk hukuman sama ada dikenakan hukuman hudud atau takzir seperti dipenjara atau dibuang negeri. Begitu juga perlakuan jenayah seperti zina dan gay merupakan satu kesalahan jenayah Syariah yang berat menurut hukum Islam. Bahkan dalam kes tertentu pemerintah/kerajaan sendiri tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman. melainkan hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Sebagai contoh: Kes zina di bawah jenayah hudud kerajaan pun tidak berhak memberi pengampunan terhadap hukumannya melainkan hukuman rejam atau rotan 100 kali. Memandangkan besarnya implikasi yang akan terjadi LGBT ini, maka sewajarnya seluruh masyarakat di Malaysia memikirkan satu strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk mencegah kumpulan ini daripada terus berkembang. Sekiranya tindakan pencegahan tidak dilakukan dikhuatiri ia akan mengundang kemurkaan dan bala daripada Allah SWT yang apabila ia berlaku musibahnya akan turut terkena setiap daripada kita sama ada golongan taat atau golongan yang engkar.

SINAR ROHANI SIRI 1 2016 (JAKIM)

via Bin Usrah

Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close