Saya tergerak hati untuk menegur satu kes laki bini muda yang viral kat fb minggu ni pasal si isteri mendedahkan kecurangan si suami yang kononnya buat hubungan seks dengan gadis bawah umur form 3 di atas katil rumah mereka sendiri. Lepas tu bila wartawan tanya si suami ,si suami dedahkan yang isterinya sebenarnya tak bagi layanan sepatutnya dan selalu marah-marah menyebabkan dia jadi stress sepanjang perkahwinan mereka. Si suami menafikan tentang hubungan seks tu dan tuduh si isteri cuba fitnah dan malukan dia. Kemudian si suami buat laporan polis ke atas si isteri. Akhirnya dua-dua mendapat aib dan jadi bualan hangat satu Malaysia. Bukan diri sendiri saja yang dapat aib tapi keluarga masing-masing turut mendapat aib. Yang tukang komen maki-maki suami pompuan tu turut sama dapat dosa fitnah dan dosa mengeji. Itu ke ending yang kita nak tengok?
Ok..tujuan saya confess ni bukan nak kecam pasangan tu tapi cuma nak tegur sikap orang zaman sekarang yang suka sangat dedahkan aib pasangan especially pasal cerita laki bini kat media sosial. Saya tak nak sentuh pasal couple yang tak sah lagi sebab korang pun tahu couple2 ni dalam islam haram. Saya fokus pada hubungan suami isteri je ok.
Apa yang kita tengok trend sekarang, asal selisih faham sikit mula la nak kutuk suami/isteri kat fb/twitter/ig atau yang seangkatan dengannya. Kerja macam ni biasa pompuan la yang terlibat sebab kita tahu pompuan memang dicipta dengan beremosi kan. Contohnya kalau ada laki dia yang berskandal mula la nak up status dengan gambar laki dia curang dengan skandalnya. Kalau boleh nak cerita kat satu planet ni kononnya dia sedih dan kecewa dengan kecurangan suami. Lagi-lagi yang baru lepas cerai. Dia nak beritahu satu dunia yang dia dah bercerai. Tolonglah guys.. tolong jangan buka pekung sendiri di media sosial boleh tak? Eh kenapa pulak? Facebook sendiri suka hati korang la nak tulis apa pun kan? Meh sini saya nak cakap kenapa.
Sebabnya tak semua orang yang baca status korang akan bersimpati dengan nasib yang menimpa korang. Ada segolongan manusia akan bertepuk tangan je tengok korang sedih, ada yang meluat tengok korang sebab dedahkan aib suami atau bekas suami dan beranggapan korang cuma ‘attention seeker’. Tak kurang juga ada yang akan sampaikan cerita ‘sedih’ korang tu kat orang satu kampung . Akhirnya satu dunia tahu kisah ‘duka’ korang. Mak ayah korang pun dapat malu sebab semua orang kampung tahu. Mana nak letak muka wei. Yerlah dulu buat majlis grand-grand habis berpuluh ribu ringgit sekali tup tup cerai.
Lagi satu yang perangai suka ‘share’ dan ‘tag’ pasangan kat facebook especially bila ada status sindiran yang ada kaitan dengan kisah laki bini. Korang ‘share’ dan ‘tag’ pasangan tu memangla niat nak bagi pasangan tu terasa atau sedar kononnya dengan harapan boleh pulihkan hubungan yang sedang berantakan masa tu. Tapi korang sedar tak bila tag semua kawan-kawan korang, kawan-kawan pasangan korang nampak status tu? Tak pasal-pasal diorang tahu perangai pasangan korang macam mana. Tak pasal-pasal cerita bilik tidur korang pun orang tahu, tu pun kalau korang ter’tag’ pasal cerita dalam selimut. Dan akhirnya boleh mengaibkan pasangan korang tanpa sedar. Silap hari bulan , daripada korang gaduh-gaduh manja je dengan pasangan selama ni at last jadi perang dunia ke tiga pulak. Bukan makin menjernihkan hubungan yang sedia ada tapi makin memporak perandakan lagi adalah.
So korang beringatlah sebelum buat sesuatu . Allah bagi otak untuk fikir benda baik & buruk. Fikir perasaan dan kesan pada pasangan kita kalau kita buat macam tu. Percayalah kalau kita jaga aib orang terutamanya suami/isteri in sha Allah Allah akan jaga aib diri kita sendiri. Sedih ke , kecewa ke atau marah ke luahkan pada Allah. Ambik air sembahyang and buatlah solat sunat dua rakaat. Mohon ketenangan dari Allah kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang kita tengah hadapi . Mintak petunjuk jalan penyelesaian dari Dia.
Kalau ada yang sentap dengan confession ni maaflah . Saya cuma menegur apa yang saya nampak. Korang mesti cakap tak kena batang hidung sendiri sedap la cakap kan. Adik kakak..saya pun pernah bercerai tapi saya tak pernah sekalipun dedahkan di media sosial yang hubungan saya dengan bekas suami dah berakhir meskipun akibat orang ke tiga. Sepanjang saya berumahtangga saya sikitpun tak pernah ‘up’ status yang mengaibkan suami atau tag apa-apa kisah atau teguran mengaibkan pada suami. Sebab saya tahu perbuatan tu akan memalukan diri sendiri akhirnya. Saya bukanlah nak cakap saya ni baik sangat tapi jaga aib suami tu adalah tanggungjawab seorang isteri kan.
Tapi yerlah dulu bila dah tercerita kat orang ada la beberapa orang yang rapat dengan saya yang tak boleh simpan rahsia , kemudian pi canang kisah saya kat orang lain. Tapi tak ada la sampai satu dunia tahu pasal saya setakat member pejabat jer lah. Tu pun orang dan pandang serong pada saya dan bekas suami. Bayangkan kalau saya dedahkan segala kisah so called ‘kisah duka lara’ kat facebook mesti lagi merebak atau viral terus satu Malaysia dan akhirnya saya dengan bekas suami serta keluarga yang dapat malu. Tapi seeloknya benda yang tak elok atau mengaibkan elakkan lah dari cerita kat orang sembarangan kecuali pada orang yang betul-betul boleh simpan rahsia especially mak ayah atau adik beradik atau best friend sekadar nak lepaskan beban di hati.
Ingatlah riwayat hadis ni ;
“Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutupkan aibnya pada hari kiamat”
(HR Al-Bukhari)
So, korang berpada-padalah dalam up apa-apa status kat media sosial. Jangan sampai mengaibkan sesiapa. Gunakanlah anugerah akal yang Allah beri sebaik-baiknya. Jangan bila dah malu baru nak ber hu hu menangis dalam penyesalan bila aib kita terbuka luas lepas cerita semua kisah hidup kat facebook. Masa tu korang lari ke hujung dunia pun orang akan sentiasa ingat apa yang korang cerita. Fitrah manusia lebih ingat benda buruk dari benda baik lebih-lebih lagi benda mengaibkan.
So, please be wise okay!
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment