Saya, student yang ibu ayah sy bagi kereta untuk kemudahan sy di universiti. Taklah sekaya mana. Kalau nak ikutkan sy bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut sangat. Bab kereta memang isu sensitif, bukan sensitif apa ya, sensitif and agak berat nak tolak permintaan kawan- kawan yang nak pinjam kereta.
“weh nak pinjam kereta… bla bla” “guna kereta tak?nak pinjam lepas class” <– soalan mcm ni agak susah nak tolak. Tambah pula kawan yang minta tu kwn perempuan. Kalau tolak tu mesti ada yang terasa. Ada yang tweet di twitter kata kedekut lah apa lah. Malah, sy pernah kena perli sebabkan tak bagi pinjam kereta.
Maaf semua kawan-kawan yang pernah nak pinjam kereta. Tak bagi bukan apa, sy pun pakai kereta ibu ayah, they trust on me. Kadang-kadang kawan sendiri pun nak pinjam untuk pergi “dating” hmm cuma sy nak tanya, tak malu ka pinjam kereta kawan semata-mata untuk pergi dating? Hmm. Pernah juga, kawan-kawan lain yg ada kereta cerita, diorang terpaksa bagi sebab takut kawan terasa. Tapi lepas dah bagi, minyak kelip kelip.
Ya lah, faham. Awak pinjam kereta sebab awak nak jimat taknak sewa kereta kan.. Tp awak takkan nak letakkan beban dekat kawan awak yang bagi pinjam kereta. Kesian ke dia :( kita yang bagi pinjam pulak segan nak minta duit minyak.
Isu duit minyak.. Sy ada kereta, selalu pergi class dengan kawan-kawan. Tapi tulah, malangnya kawan pun takda COMMON SENSE. Bak kata org, “orang berbudi kita berbahasa” ye dok? Tumpang kereta satu sem, dan sampai habis belajar pun tak pernah hulur duit minyak. Kalau takda duit pun, sekali sekala belanja la sy makan.
Minum pun dah kira okay. Rasa la sikit orang appreciate kita bukan gunakan kita. Ada kawan yang faham tu, kadang dia belanja makan. Kadang bagi duit minyak. Alhamdulillah may Allah bless them. Pernah juga kawan-kawan suruh hantar diorang pergi kerja, sy okaykan ja. Tapi lepas hantar tu, takda pulak hulur. Sedih.
Kawan pergi kerja dapat gaji, faham nak cari duit lebih. Tapi saya? hmm (tak minta lebih cuma harap kawan-kawan ada common sense) Takkan lah disebabkan isu minyak kereta dan takda common sense ni tak boleh jadikan small matter? harap sangat sangat semua orang faham situasi saya. Bukan nak berkira sangat pun.
Ada yang cakap, yang takda kereta pun tak kaya. Tak apa, kalau tak kaya. Rezeki Allah luas. Tapi boleh kaya dengan budi bahasa. Orang berbudi kita berbahasa. Lastly, sy minta maaf dkt kawan-kawan yang pernah nak pinjam kereta tapi saya tak bagi.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment