Buat Perkhidmatan Paid Review Dari King Coco Haram - Ustaz
Ini memang satu kenyataan yang amat dinanti ramai.
Seorang ustaz muda bernama Wan Dazrin telah menulis satu kenyataan tentang paid review.
Yang bestnya nama King Coco telah menjadi contoh.
Dia dengan jelas mengatakan tidak membenarkan para peniaga Islam membuat paid review dari King Coco atau public figure yang tidak menutup aurat.
Jom baca kenyataan penuh:
"Perkhidmatan 'Paid Review' haram"
Bismillahirahmanirahim.
Assalammu'alaikum.
Nampaknya saya perlu sampaikan ini.
Hukum menggunakan perkhidmatan 'Paid review' untuk barang perniagaan awak sendiri dari seorang tukang promosi yang tidak tutup auratnya, meskipun Followers dia beratus ribu atau berjuta. Hukumnya ialah haram. Awak dikira berdosa paling banyak nak dicompare daripada 'Public Figure' itu sendiri. Awak yang bayar dia. Awak yang minta dia. Awak yang arah dia. Dia pula promosikan barang awak dengan 'Gambar' dia yang 'Free hair', pakaian dia yang nampak pusat sedangkan dia perempuan, kain dia yang ada belahan peha saat dia bergambar dengan produk awak.
Ini belum dikira dengan 'Selfie video' dia bersama produk awak dalam keadaan dia menggoda pembeli, menggedik manja, dan mengacah Cantik / Flawless sedangkan realitinya ia sebuah 'Penipuan' dibelakang tabir. Produk awak baru shj bagi semalam, hari ini dia dah bagi review. Berpadalah kalian, berpadalah dengan perlakuan dosa yang telah dilakukan, kemudian awk tambah lagi permintaan dosa untuk diri awak sendiri dengan namanya 'Dosa menipu' pula.
Maaf, saya kena tegur ni. Saya nampak ramai sangat peniaga Islam tak kisah pun pasal ni. Yang penting biar 'Public Figure' tu buat promo, sbb Followers dia ramai, awak mesti nak buat 'Paid review' dari dia. Awak rasa awak akan untung banyak kesan dari tarikan Followers dari Public 'Figure' tu sendiri.
Tetapikan:
Pada saya, awak telah pilih jalan untuk jadi bankrupt di hari akhirat sebenarnya. Awak mungkin boleh dapat 'Duit' dari reach yang tinggi bila 'Public Figure' tu promo barang awak didunia, tapi awak pasti dapat 'Reach' dosa yang tinggi juga dihari akhirat jika duit yang awak dapat rupanya dari jalan2 yang' Haram' rupanya selama ini, dan bukannya 'Halal' ataupun 'Bersih', atau pun higher level sikit dan jauh 'Suci' itu sendiri.
Hati-hati dalam mengejar untung yang tidak berkat, hidup awak bukan makin hebat, tapi saban hari semakin melarat, sehingga terkadang nak bernafas selalu rasa tersekat, akibat diri mencari dan cari tidak pernah cukup rehat, sedangkan dah usaha sepatutnya memang dapat, tetapi ujian itu ini tak pernah berhenti seolah tak kenal penat. Macam sengaja Tuhan nak tinggalkan amanat. Yang dunia memang kita bukan Tuan bukan pemilik tempat.
Soft reminder dari saya:
Saya secara khususnya tidak benarkan peniaga2 Islam untuk buat 'Paid review' pada King Coco atau 'Public Figure' atau 'Celebrities' yang sama waktu dengannya, atau persis sepertinya. Maaf. Saya cuma sampaikan nota pengetahuan saya, lantas patut sekali saya tak benarkan. Ia boleh dilakukan secara umum. Terlampau banyak dosa tercipta dalam satu kelipan mata dari dalam sesaat 'Paid review' yang dibuat oleh 'Public Figure' yang telah saya sebut memiliki ciri-ciri yang diatas.
Harap maklum kepada siapa-siapa yang terlibat secara tidak lansung atau secara lansung dalam hal seperti ini.
Sebarkan, saya perlukan setiap orang Islam yang berniaga hari ini, tidak terlibat dengan 'Paid review' yang haram.
Ikhlas, Da'i Wan
Semoga peringtan dari Wan ini dijadikan pengajaran. Jangan nak kejar dunia sahaja.
Sumber : berita memey
Blogger Comment
Facebook Comment