AWAS!! 5 PERANGAI BURUK BAKAL PENGANTIN
Hidup di zaman semuanya terletak di laman media sosial kini yang ada sahaja ingin dikongsi bersama rakan-rakan atau dunia luar.
Namun semua itu memberi impak tersendiri pada orang yang melihat dan yang menilai dari posting. Tak tahu lah kalau ada yang perasan kini ramai anak remaja atau bakal-bakal pengantin sekarang ‘agak’ liar. Tiada apa yang hendak disorok lagi, semuanya mahu dikongsi-kongsi. Naik meluat pula rakan media sosial anda lihat…
Jadi adakah anda mempunyai 5 ciri ini? Ciri bakal pengantin orang jadi ‘geram’ bila tengok..aishh.
#1 Kikis bakal suami
Kalau dah setiap kali ada sahaja ditayang di Instagram membeli-belah tanpa tujuan apakah semua itu? Ada sahaja barang berjenama hendak dibeli, bukan untuk persiapan perkahwinan tapi untuk adegan menunjuk-nunjuk di laman sosial. Kasihan pula dengan bakal suami, duit simpanan untuk majlis diguna-guna pula bagi aktiviti berfoya-foya.
#2 Tak nak masak, suka makan di luar
Iya tahu anda ialah seorang wanita berkerjaya, masak? memang tiada masa untuk anda. Tapi sampai bila anda hendak membaja duit di restoran. Kalau restoran biasa-biasa atau kedai tepi jalan tak mengapalah. Ini wah! Wajib menjamu selera di restoran bertaraf tinggi dan yang paling penting kongsi lokasi dan menu hari itu di media sosial. Kan?
#3 Suka show off di media sosial
Hah! Malas hendak menulis panjang, apa-apa sahaja mengenai persiapan perkahwinan semuanya mahu diberitahu. Isi telur dalam bekas telur pun nak beritahu dan yang paling kelakar habis semua tajaan dari keluarga atau rakan disampaikan sehingga berulang-ulang kali gambar posting nya.
#4 Buat pinjaman bank untuk majlis perkahwinan
Dilema setiap pengantin jika melibat bajet kewangan tapi semua itu udah diselesai dengan pelbagai pinjaman tersedia dari pihak bank. Bila orang tua menasihat, degil, tak mahu dengar sebab dalah hati sudah bercita-cita ingin majlis besar. Hai cik adik, cik abang, biar ukur baju di badan sendiri.
#5 Niat kahwin sebab cemburu dengan kawan
Orang itu kahwin, kita pun nak kahwin, walau sebenarnya belum bersedia lagi. Sifat kematangan terang-terang belum lagi kalau dah 4 perkara diatas menjadi pegangan. Lagilah musim sekarang ramai rakan sebaya mula mendirikan rumah tangga, mencungap rasa cemburu hendak mengejar benda yang sama. Masalahnya apa yang hendak dikejarkan hanyalah ingin mendapat gelaran ‘wedding of the year’.
SUMBER:WANISTA
via Bin Usrah
Sumber : GengViral
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment