'Apa hak Hazama untuk pakai fesyen celoreng?' kata RSATM - Salah peniaga atau pembeli?


KUALA LUMPUR - Sehingga kini masih belum ada sebarang reaksi dari Mentor Milenia 2017, Hazama atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi mengenai 'hak pakai fesyen celoreng' yang dibangkitkan oleh Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia, semalam. 

Terdahulu, laman berkenaan mendakwa Hazama tidak peka dan tindakannya memakai baju celoreng tentera itu boleh menguris perasaan pesara dan anggota tentera yang masih berkhidmat kerana pakaian celoreng itu melambangkan maruah mereka.

Meskipun kesal dengan tindakan Hazama, laman berkenaan menasihatkan jika penyanyi itu berminat mahu memakai baju celoreng tentera, perlulah menyertai Askar Wataniah. 

Berfesyen Tidak Kena Dengan Gaya. Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng??? Masih ada lagi manusia yang tidak peka...
Posted by Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia on Sunday, 12 February 2017

Status kekesalan laman berkenaan viral di media sosial dan telah dikongsi 3,448 kali oleh pengguna Facebook. Namun ada segelintir netizen yang menyuarakan pandangan bahawa adalah tidak wajar menyalahkan Hazama dalam hal ini. 

"Orang awam pakai baju celoreng sebab orang awam bangga dengan askar yang mempertahankan negara dan tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana askar. Tolonglah, kita tidak perlu bergaduh disebabkan perkara ini. Kita satu bangsa, satu negara," kata Shaheizy Syamsul. 

"Buat abang-abang dan kakak-kakak tentera, jangan salahkan si pemakainya. Salahkan si pembuatnya. Kami pun minat dengan tentera cuma kami tidak layak saja sebab tak cukup tinggi dan sado. Hanya mampu pakai baju tentera buatan di pasaran saja. Kami sayang tentera dan jangan kecam kami," kata Adiana Rabani. 



Bagaimanapun, di dalam Seksyen 140 menyatakan, adalah satu kesalahan bagi orang awam memakai apa-apa pakaian yang menyerupai askar dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar. Jika didapati bersalah, boleh dipenjara selama tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. - The Reporter


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close