Percaya atau tidak, salah satu perkara paling utama bagi seorang lelaki adalah untuk buat isterinya gembira. Kalau anda berjaya tunjukkan yang anda hormati dia, kagumi dia, dan gembira dengan semua usahanya, inshaAllah kasih sayang antara anda berdua akan sentiasa tumbuh dan mesra.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (QS Al-Furqaan 25:74)Nah kami senarai beberapa perkara yang para isteri boleh buat untuk tingkatkan kasih sayang dan kemesraan di hati suami:
1. Hormat, hormat, hormat
Hormat pada lelaki sama penting dengan cinta pada perempuan. Kalau suami anda tak rasa dihormati dalam hubungan anda, dia pun takkan tunjukkan kasih sayang pada anda. Ianya semudah itu.
2. Jangan kritik dia, walaupun dia layak dikritik
Sama ada dia basuh pinggan tak bersih atau dia lambat pulang dari kerja lagi sekali, jangan sebut apa-apa yang akan merendah-rendahkan dia.
Bila ada hal yang penting, beritahu padanya dengan cara yang berhemah – jangan mulakan kata-kata dengan ayat yang negatif, nanti dia akan rasa seperti anda sedang salahkan dia. Cuba mulakan ayat dengan “Saya rasa…” atau “Saya nak…”.
3. Jangan tawarkan penyelesaian yang “lebih baik”
Kalau dia ada penyelesaikan untuk sesuatu masalah, biar dia selesaikan sendiri. Jangan beri dia nasihat yang dia tak perlukan. Contohnya kalau paip di rumah anda rosak, jangan telefon tukang paip semata-mata kerana anda rasa suami anda tak mampu nak baikinya.
4. Jangan ragu-ragu dengan keputusannya
Bila anda tunjuk yang anda ragu-ragu dengan keputusannya, ianya sama seperti anda tak percaya dengan kemampuannya untuk buat keputusan. Jadi bila ada masalah, walaupun anda tak setuju dengan keputusannya, diamkan saja dan cuba percaya yang dia akan berjaya.
Kalau boleh, beri dia galakkan. Bila dia tahu anda percaya pada kemampuannya, dia akan lebih yakin dan cekap dalam tugasannya.
5. Layan dia bagaikan seorang “hero”
Dalam diri setiap lelaki, ada budak lelaki yang pernah ingin jadi “hero”.
Lelaki ada naluri semulajadi untuk jaga dan lindungi kaum perempuan. Cuba “hidupkan” naluri ini dengan minta pertolongan dia dalam perkara-perkara yang anda tak mampu atau tak mahu buat sendiri.
Selepas dia dah bantu anda, pastikan anda tunjukkan rasa senang dan kagum. Ini akan buat dia rasa hebat dan dia akan lebih senang bantu anda lagi nanti walaupun tanpa anda meminta.
6. Puji dia dengan ikhlas
Perhatikan suami anda dan puji dia atas apa-apa jua perkara yang buat anda bangga, dari sekecil-kecil hal ke sebesar-besar hal. Ini akan menggalakkan dia untuk buat yang terbaik.
Anda boleh puji usaha dia kekalkan hubungan dengan sanak-saudara, kejujuran dia dalam bekeja, ataupun cara dia cari jalan pintas dalam perjalanan ke tempat baru.
7. Hargai semua usahanya
Jangan pernah lupa ucapkan “terima kasih”. Ianya perkataan yang mudah, tapi sangat berkuasa. Kalau boleh, tambahkan lagi dengan senyuman atau pelukan.
Hargai dia dan tunjukkan penghargaan anda dalam sebanyak cara yang boleh. Bila suami anda basuhkan pinggan, atau belikan anda makanan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, atau rebuskan air kosong, tunjukkan betapa anda hargai dia.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment