Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.
Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu? Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan?
Portal akhbar terkenal Sydney Morning Herald mendedahkan tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi jutawan.
1. Ghairah untuk capai kejayaan
Tujuan yang jelas dan semangat berkorbar-kobar sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegagalan dan penolakan orang lain.
2. Membaca untuk majukan diri
Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik, antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah berjaya.
Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30 minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi diri melalui pembacaan. Orang kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.
3. Bersenam sihatkan fikiran
Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.
Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.
4. Suka berjimat dan menabung
Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.
Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.
5. Ada pembimbing & berikan bimbingan
Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang diri. Semua yang sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson memerlukan bimbingan.
6. Bina hubungan baik
Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17 peratus percaya pada amalan tersebut.
7. Mencari ketenangan diri
Mereka selalu merenung diri sendiri, mencari kelemahan diri untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.
Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15 hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment