Oleh Nurul Hidayu
Bismillah. Hampir lima tahun aku mempertahankan perkahwinan ini, akhirnya tiada jodoh juga. Aku memang sudah tahu kau kaki perempuan. Dulu masa ada Ana, aku bagi kau peluang. Selepas empat tahun kahwin dan ada anak, aku ingat kau boleh berubah.
Aku masih dalam pantang, kau bawa balik perempuan ini di rumah kita dan kau main dengan dia di atas katil kau dengan aku. Kau ada kan, semuanya untuk dia. Sedangkan selama ini aku yang menanggung kau.
Kau tak bagi aku nafkah, kau tak belikan susu, pampers anak. Tapi kau boleh belikan perempuan itu iPhone, shopping dan segalanya.
Aku bersyukur Allah berikan aku petunjuk siapa diri kau yang sebenarnya termasuk dengan segala bukti yang ada. Kau sanggup buang aku dan anak, kau hanucrkan perkahwinan kau hanya untuk budak sekolah tingkatan 3. Kau rela memilih dia daripada hubungan yang kita telah bina selama 8 tahun.
Aku serahkan semuanya pada Allah. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayahNya kepada kau. Biar Allah membalas semuanya.
Inilah realiti sebenarnya. Aku sudah puas bersabar dan memendam semua ini. Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah bersama anak tersayang.
Mommy sayang Haqq, Haqq kekuatan mommy.
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment